Pegawai Tinggi Australia Jumpa Dr Maszlee Di Simpang Renggam. Ini Puncanya | Siapa sangka, Pesuruhjaya Tinggi Australia, Mr Andrew Goledzinowski sanggup turun ke Simpang Renggam jumpa Dr Maszlee. Ini puncanya. Tak sangka.

Lawat Ladang Nanas Terbesar

Seperti yang ditulis oleh Dr Maszlee. Menyambut kehadiran Pesuruhjaya Tinggi Australia, Mr Andrew Goledzinowski ke Simpang Renggam tempoh hari.

Rupanya Simpang Renggam turut dikenali penduduk Australia kerana tanaman nanas yang semakin banyak dijalankan di sini.

Kami sempat membawa Mr Andrew berjalan-jalan meronda ladang nanas terbesar di Simpang Renggam.

Tengahari terik sebegini, tauke ladang bawa kami berehat melepas lelah di bangsalnya. Makan nanas MD2 yang manis dan tak lidas.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Mr Andrew Goledzinowski kerana sudi singgah di Simpang Renggam dan meluangkan masa.

Dalam Twitter Mr Andrew ada juga mengatakan yang dia sangat berterima kasih kepada Dr Maszlee Malik dan terharu kerana dapat merasai sendiri nanas MD2 yang manis dan sedap.






Sumber: FB Dr Maszlee

Share.

Leave A Reply