13 Tempat Makan Best Seafood Di Baling, Kedah | Baling adalah daerah kedua terbesar di negeri kedah selepas daerah Sik. Meskipun baling kurang popular berbanding destinasi utama lain, namun ia mempunyai tarikan tersendiri terutama keindahan semula jadi. Daerah ini juga tidak asing dalam kalangan pencinta alam semula jadi. Selain itu, di baling juga terdapat tempat tempat yang menarik dengan kepelbagaian makanannya. Tapi dimana tempat makan yang best dan berbaloi untuk dicuba? Berikut adalah senarai tempat makan best di Baling, Kedah.

1. OISHII GARDEN KG SIPUT SIONG – SEAFOOD

Kalau nak tahu, Oishii Garden Kg Siput Siong adalah salah sebuah restoran yang mendapat rating tinggi di google dan rata rata pelanggan memberi komen yang baik tentang masakan di restoran ini. Menu yang ada disini ialah seafood dan juga western. Harga disini juga murah dengan variasi makanan.

Antara makanan seafood seperti  Steamboat & grill, seafood oglio oli pasta, fried rice salmon dan tomyam seafood. Selain itu makanan western juga turut disediakan seperti  meat platter, pasta, chicken chop, lamb chop dan banyak lagi.

Lokasi ini di OISHII GARDEN KG SIPUT, Baling, Malaysia. Waktu beroperasi adalah pada setiap hari kecuali hari jumaat pada pukul 3ptg hingga 11 malam. Pertanyaan lanjut sila hubungi TEL:019-4702310

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/oishiigardenkgsiputsiong/

 

2. RESTORAN CHIANG RAI – SEAFOOD

Chiang Rai ialah salah satu restoran thai dengan rating tinggi di google. Jika anda ingin makan masakan ala thai dan masakan panas boleh lah berkunjung ke restoran chiang rai ini. Banyak menu masakan thai disediakan di sini pada harga yang murah.

Banyak variasi menu thai yang ada di sini antaranya ialah Thai food, Miang pra, Steam clams and red cooked meat, Miangpla, Mee siam dan banyak lagi.

Lokasi ini di bt. 45, kg pokok sena, Baling, Malaysia. Waktu operasi ialah pada setiap hari, jam 4 petang hingga 12 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no telefon 011-18800690

FACEBOOK PAGE: https:https://www.facebook.com/restoranchiangrai/

 

3. D’JOE IKAN BAKAR – SEAFOOD

Restoran ini menyediakan hidangan nasi lauk campur makanan laut. Dekat sini , mereka juga ada menyediakan  banyak variasi makanan laut yang boleh anda cuba. Menu utama disini ialah ikan bakar yang menjadi menu popular di restoran ini.

Selain itu, terdapat juga masakan lain selain ikan bakar yang disediakan disini dengan harga yang mampu milik.

Lokasi D’Joe ikan bakar ini di 42, Kampung Batu, 09100 Baling, Kedah

Waktu operasi adalah pada hari ahad hingga khamis dan dibuka pada pukul 10 pagi hingga 4.30 petang. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi no TEL: 019-5454975

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/D’joe%20Ikan%20Bakar/203076476407991/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Baling ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply