13 Tempat Makan Seafood Best Di Kulim, Kedah| Kulim adalah sebuah daerah di selatan negeri kedah. Kulim adalah bandar ketiga terbesar di negeri kedah dan menjadi salah satu tempat tarikan pelancong. Jika berkunjung ke kulim jangan lepaskan peluang mencuba makanan makanan seafood yang best. Tapi tempat apa yang best? Berikut adalah senarai 13 tempat best makanan seafood yang perlu anda cuba.
1. SRI AMAN PZ SEAFOOD – SEAFOOD
Restoran ini adalah salah satu diantara kedai seafood terbaik di kulim. Menu yang paling popular dan diminati ramai adalah tomyam chiang mai dengan harga yang murah.
Selain menyediakan banyak jenis makanan laut, Restoran ini juga menyediakan menu masakan panas seperti makanan bergoreng. Selain itu ada juga masakan seperti shellout yang juga popular disini.
Lokasi ini di Kampung Sungai Badak, 09000, Kulim, Kedah
Restoran ini beroperasi setiap hari dan dibuka pada pukul 4 petang hingga 3 pagi. Sebarang pertanyaan boleh hubungi TEL: 017-5528445
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/sriamanseafoodrestaurant/
2. RESTORAN DAUN KUNYIT – SEAFOOD
Daun Kunyit adalah sebuah restoran yang menyediakan banyak aneka masakan yang dibakar seperti ikan dan sotong bakar yang paling popular disini. Ini adalah salah satu restoran dengan rating tertinggi di google dan rata rata yang datang ke sini memuji masakan mereka.
Selain itu, mereka juga ada menu seperti nasi campur berlauk dengan pelbagai jenis lauk seperti ikan pari, kari kepala ikan, ayam kicap dan banyak lagi.
Lokasi ini di No 14, Jalan Cengal 1, Taman Cengal Indah, 09000 Kulim, KEDAH (berdekatan Restoran Abang Ecapati Kulim)
Restoran ini dibuka pada setiap hari kecuali hari jumaat. Jam operasi adalah dari jam 8 pagi hingga 3 petang. Sebarang pertanyaan hubungi TEL: 011-12983640
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restorandaunkunyit/
3. THE DON’S IKAN BAKAR & SHELLOUT – SEAFOOD
Jika anda mencari restoran shellout yang best anda boleh lah singgah ke sini kerana mereka menyediakan shellout yang sangat best dengan pada harga yang mampu milik.
Restoran ini juga menyediakan banyak jenis makanan panas dan makanan western. Portion makanan juga sangat besar untuk anda cuba.
Lokasi ini di 823 & 824 , Taman Kempas Indah 3, Kulim, Malaysia
Waktu operasi adalah pada setiap hari kecuali hari selasa. Restoran ini dibuka pada pukul 12 tengahari hingga 11 malam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi TEL: 016-8242271
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/thedonsikanbakarkulim
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Kulim ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !