6 Tips Goreng Ayam Supaya Tak Mentah Dan Isi Dalam Tak Berdarah.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Tahu goreng ayam? Nampak memang mudah bukan? Tapi sebenarnya menggoreng ayam pun ada teknik dan cara yang perlu anda fahami supaya isinya benar-benar masak.
Kalau terlalu cepat diangkat, boleh jadi mentah. Tapi, kalau terlalu lama pula boleh menyebabkan ianya menjadi sedikit keras dan kurang enak.
Ayam yang berdarah dan masih mentah dapat menjadi pembawa bakteria salmonella dan virus berbahaya. Bukan itu saja, melihatnya saja boleh menjejaskan selera.
Pernah tak makan ayam yang nampak masak diluar tapi dalam isinya masih mentah dan berdarah? Baiklah hari ini kami nak kongsi 6 cara menggoreng ayam dengan betul agar isi dalamnya tak berdarah.
1)Jangan potong ayam terlalu besar
Jangan potong ayamg bersaiz besar terutama bahagian seperti kepak dan juga paha. Pastikan bahagian ini tidak dipotong pada saiz yang terlalu besar untuk mengelakkannya berdarah.
2)Rebus dahulu
Jika ingin masak saiz potongan ayam yang besar, pastikan korang tusukkan isi ayam dengan garfu atau kelarkan bahagian isi untuk ayam itu masak dengan sempurna
Bukan sahaja mengukus ayam, mengukus juga bagus untuk mengelakkan isi berdarah ketika sudah menggoreng.
3) Defrost terlebih dahulu ayam yang beku
Ayam yang beku atau baru keluar dari peti ais harus di defrostkan terlebih dahulu. Jangan terus goring kerana ia akan menyebabkan masak luaran dan mentah di dalam. Ayam akan jadi beku sekiranya diletak dalam freezer, korang kena rendm dalam air suam dan tunggu hingga ayam defrost, jadi lembut.
4)Minyak kena banyak
Nak goreng ayam minyak kena banyak. Minyak harus menutupi keseluruhan ayam agar memastikan daging ayam empuk masak sempurna dan tidak berdarah.
5) Kecilkan api ketika goreng ayam
Ayam harus digoreng dengan suhu api yang sederhana sahaja. Api yang kuat hanya masak di luar tapi mentah di dalam.
6) Bahagian bertulang harus dimasak terlebih dahulu kerana bahagian ini selalunya akan mengeluarkan darah. Selain itu, ayam ini juga harus sentiasa diterbalikkan.
Dengan mengamalkan petua goreng ayam yang tepat, mudah-mudahan penampilan dan rasa ayam akan menjadi lebih nikmat serta menyelerakan.
Di samping itu, ia juga penting untuk memelihara ayam daripada sebarang penyakit apabila terdapat bahagian yang tidak masak dengan sempurna.