Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila roti burger yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini didapati berkulat manakala ayamnya pula telah berbau.

Wanita yang dikenali sebagai Dhia Fadhila memuat naik gambar makanan itu menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya pada Selasa.

Jelas wanita tersebut, status itu dimuat naik kira-kira jam 6.30 petang selepas kecewa dengan keadaan makanan yang diterima.

“Ambe (saya) bukan nak buka aib orang! Ambe (saya) kecewa dengan kejadian hari ning (ni). Berasa nak makang (makan) ayam punya pasal. Tapi ni yang ambe (saya) dapat dengan harga yang dibayar.

“Ambe (saya) dapat roti keras kejung, berkulat, ayam tak masak, ayam berbau macam ayam lama. Kecewa rasanya,” tulis wanita itu.

Seorang pelanggan mendakwa ayam yang dibeli di sebuah restoran makanan segera di Kemaman tidak dimasak dengan sempurna dan berbau. - Foto Facebook

Menurut wanita itu, dia tidak menyangka keadaan itu menimpanya kali ini kerana sebelum ini dia hanya melihat perkongsian daripada orang lain yang turut mengalami situasi sama.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah ada yang turut berkongsi nasib serupa selepas membeli ayam di premis sama.

May be an image of text that says "Ambe bukan nak bukak aib orang! Ambe kecewa dengan kejadian hari ning Berasa nak makang ayam KFC punya pasal. Tapi ni yang ambe dapat dengan harga ambe bayar. Ambe dapat roti keras kejung, berkulat, ayam dok masok, ayam berbau macam ayam lama. KECEWA BERASA Biasa ambe baca orang kabo KFC kemaman teruk, kali ni terjadi ke diri sdiri. Beringat belaka Sape pernah kena? CUSTUMEN COPY aSR STORES BHD LVL1 PJCITY FUSAN TeMTER 1130007151112 24/01/2023 Price 17.99 17:99 0.00 0.02 36.00 33.96 PayneniBYL CREDIT MASTERCARD 33.00 3.00 68 55 comment 8 shares"

Seorang pengguna, Nanie Erieyka meninggalkan komen memberitahu dia telah lama memboikot premis itu selepas mendapati ayam yang dibeli keras dan kentang putar berlendir.

“Saya dah lama boikot premis ini selepas dapat ayam yang beberapa hari punya… keras kejung. Kentang putar pun berlendir,” tulisnya.

May be an image of food and indoor

Sumber : SH

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pelanggan Makan Nugget Ayam Dapat Inti Dawai Besi

PETALING JAYA – Beli nugget ayam goreng, sedang asyik mengunyah rupa-rupanya ia mengandungi besi dawai.

Itu pengalaman dilalui seorang wanita dikenali sebagai Azwani selepas membeli nugget ayam menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

“Ini bukan kes masak tak jadi. Ini kes makan tak jadi. Petang semalam lepak di satu tempat ini, ‘order’ (pesan) nugget.

“Biasalah kita cicah sos terus masuk mulut. Masuk nugget ketiga atau empat, aku rasa kunyah benda keras. Ngilu macam besi.

“Subhanallah juih keluarkannya. Itu dua besi dawai apa entah. Mengadu kepada pekerja kedai, memang bukan salah kedai,” ujarnya.

Katanya lagi, pihak kedai memaklumkan mereka hanya menggoreng nugget yang diambil daripada bungkusan.

Menjengah di ruangan komen, ada netizen yang memberi cadangan supaya wanita itu membuat aduan kepada syarikat pengeluar makanan berkaitan.

“Hubungi bahagian khidmat pelanggan untuk aduan. Pernah beli daging burger ada besi. Mereka datang periksa dan memang terdapat besi (bahagian mesin). Mereka bawa cenderahati dan minta maaf,” kata Shah Shamsudin.

“Ini isu keselamatan makanan. Boleh buat aduan (kepada pihak yang berkaitan),” kata Azrulshafiq Bakar pula.

“Nugget ke ice cream memang beli brand yang selalu dengar je ..macam ayamas,ramli, nestle….sebab kawan2 pernah keje kilang brand biasa2 ni..kotor sangat katanya…lagi2 ice cream potong .buah2 nangka tu nepal kupas .sambil2 meludah sireh. Yang brand tu bkn la 100%…tp yakin la jugak,” @Nur Aisya.

“Nuget ni kedai² jer beli buat mniaga..klau nk mkn kt rumh jarang org bli sbb xsdp,” @Cikby Pakaian Murah.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply