“Influencer” TiKTok Tak Basuh & Berhari-hari Pakai Baju Tidur Yang Sama | Pendedahan seorang pempengaruh TikTok bahawa dia tidak membasuh dan memakai baju tidur yang sama berhari-hari telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengikutnya baru-baru ini.

Allison Delperdang sebelum ini menerusi satu video bertanya kepada orang ramai beberapa soalan mengenai tabiat pemakaian baju tidur.

Allison bersoal dalam video Tik Tok bahawa dia nak tahu, ada tak sesiapa di sini yang memakai baju tidur yang sama untuk beberapa malam?

Allison juga bersoal menerusi video tersebut bahawa dia pakai baju tidur yang sama untuk beberapa malam. Jadi dia nak bertanya, adakah semua orang melakukan perkara yang sama, atau semua patut menukar baju tidur setiap malam?

Pengakuan yang dibuat oleh Allison kedengarannya seperti perkara biasa sahaja, namun apabila menjengah ke ruangan komen, rupanya ramai warga maya berpendapat memakai baju tidur yang sama lebih daripada satu malam adalah perkara yang menjijikkan.

Ramai daripada pengikutnya mengakui bahawa mereka menukar dan membasuh baju tidur yang dipakai setiap malam. Jadi, apabila mendengar pendedahan yang dibuat Allison, mereka mengakui sedikit ‘ngeri’.

Salah seorang pengguna berkomen bahawa dia tidak buat perkara yang sama, kerana baju tidur itu dah pakai lebih daripada 8 jam. Jadi, baju itu sudah kotor.

Balas seorang lagi pengikutnya bahawa pakaian baru setiap malam. Dia juga hanya menggunakan tuala untuk sekali guna sahaja dan menukarnya. Sama seperti anak-anaknya.

Pengikutnya yang lain pula menjawab tidak dan bersoal bahawa semasa tidur, akan berpeluh. Jadi, kenapa perlu memakai pakaian itu semula?

Manakala, jawapan daripada seorang warga maya ini mungkin menjadikan semua pembaca bersetuju bahawa baju tidur perlu ditukar dan dibasuh setiap hari.

Seorang warga maya berkata bahawa dia tidak pernah memakai baju tidur yang sama semula… Kita akan sentiasa mengeluarkan sel kulit mati dan walaupun ia kedengaran tidaklah terlalu kotor, dia tetap tidak akan melakukannya.

Namun begitu, ada juga yang bersetuju dengan Allison dan mengakui sebahagian daripada ‘geng recycle’ baju tidur yang sama setiap malam.

Kata mereka, perkara tersebut adalah biasa dan bukanlah tanda seseorang itu kurang pembersih.

Salah seorang warga maya yang bersetuju dengan Allison menyatakan bahawa dia memakai baju tidur yang sama seminggu kerana dia tidak gemar membasuh baju.

seorang lagi penyokongnya meyokong bahawa kita perlu selamatkan alam sekitar dan pakaian. Kalau baju tersebut tidak kotor dan berbau, kenapa perlu membasuhnya? Oleh itu, dia memakainya dalam satu minggu berturut-turut ketika musim sejuk.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Hari Kanak2 Tema Kerjaya, Budak Ini Bangga Pakai Baju Bapa Sendiri

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dikenali Auni meluahkan rasa bangga dengan pekerjaan bapanya sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

Menerusi video dikongsikan oleh bapanya, Mohd Anuar, dilihat Auni memakai baju kerja bapa pada pertandingan pakaian beragam bertemakan kerjaya bersempena Hari Kanak-Kanak di sekolahnya.

@md_anuar

Hari kanak2 sedunia.tema Kerjaya.aku suruh dia cari baju lain dia pilih baju kerjaya ayah jugak .alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal….#anaksekolah #kerjaya #harikanakkanaksedunia #fyp

♬ suara asli – Langit Musik Indonesia – Langit Musik Indonesia

Dalam pada itu, lelaki berusia 41 tahun itu memberitahu anaknya yang kini berusia 8 tahun tidak kisah memakai baju kerjaynya.

“Kami tanya juga tidak kisah ke pakai baju kerja ayah dan tak sangka Auni cakap ‘tak apa, mak dan ayah yang bagi Auni makan. Sediakan tempat tinggal dan bangga dengan ayah,’ ujar Anuar.

Memetik laporan Harian Metro, kanak-kanak berkenaan memilih baju berkenaan kerana bangga dengan ayahnya yang menjaga kebersihan kawasan selain mahu menjadi alam sekitar.

“Auni pilih pakai baju kerja ayah sebab mahu menjaga alam sekitar, sayang dan bangga dengan ayah yang menjaga kebersihan kawasan,” katanya.

Ibunya pula, Nor Fadilah Jaafar berkata, anaknya memilih pakaian itu kerana menghargai pekerjaan suaminya walaupun cita-cita si kecil itu mahu menjadi seorang chef.

“Nur Auni Awatif suka makan dan mahu menjadi chef tetapi dia tidak mahu memakai pakaian itu kerana mahukan kelainan selain sebagai tanda sayang pada ayahnya,” ceritanya.

Nor Fadilah mendedahkan, pada mulanya dia suruh anak bongsunya itu bergaya seperti ustazah tetapi tidak mahu. Seterusnya meminta Auni mencuba seragam anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) yang dipinjam suami dari rakannya tetapi dia tidak muat serta tidak selesa memakainya.

“Kemudian, dia terus mencuba t-shirt suami yang dicari sendiri di almari. Walaupun sedikit besar, dia cakap selesa memakainya, malah terus meminta pengepit dan plastik sampah untuk digayakan di atas pentas,” ujar Nor Fadilah.

Jelas Nor Fadilah yang juga guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), anak bongsu dari tiga beradik itu sangat rapat dengan bapanya dan sebelum ini pernah mengikut Mohd Anuar membersihkan tapak pasar malam.

Dalam pada itu, wanita berusia 39 tahun mengatakan anaknya sangat teruja untuk bersiap ke sekolah dan gembira walaupun cuma mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan berkenaan.

Sementara itu, Anuar meluahkan rasa terharu dengan reaksi anaknya meskipun dia masih kecil.

“Saya rasa seperti mahu menangis apabila mendengar apa yang Auni cakap itu sebab tidak malu, malah bangga denga kerja saya,” luahnya.

Lantaran itu, dia sangat bersyukur apabila Auni dan dua lagi anaknya memahami kehidupan sederhana mereka.

Sumber: OMM

Share.

Leave A Reply