Suamiku Azoospermia | Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan cerita aku. Confession ni mungkin sesuai dibaca bagi yang dah berkahwin atau 18 tahun ke atas.
Tetapi mostly apa yang aku cerita ni adalah knowledge yang sangat
berharga di mana aku rasa aku patut share untuk pengetahuan semua
terumata yang telah mendirikan rumah tangga.
Nama aku Su. Umur aku 29 tahun. Suami aku 2 tahun lebih tua dari aku dan
dia satu satunya anak lelaki dalam keluarga sebab abang suamiku telah
meninggal dunia.
Kami mendirikan rumah tangga baru tiga tahun. Orang kata masih early
stage dalam perkahwinan. Kami nikah atas dasar suka sama suka. Berkawan
bertahun tahun sebelum memilih untuk mendirikan rumah tangga.
Masih lagi segar dalam ingatan aku, selepas kami nikah, mertua aku ada
sebut ‘kalau boleh jangan lah ada anak lagi dalam waktu terdekat,
rancang dulu’.
Aku terkedu. Kerana aku memang niat aku nikah sebab aku betul betul
bersedia untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak anak aku.
Sungguhpun mertua aku nasihatkan aku supaya tidak mengandung, namun
sejak dari kami nikah aku dah fikirkan cara terbaik untuk aku mengandung.
Setiap bulan aku beli OPK (ovulation monitoring kit) di samping catat
dalam apps kesuburan untuk aku tahu hari apa yang aku paling subur.
Jadi bila tiba hari paling subur kami akan mencuba bersungguh sungguh.
Hanya kami berdua saja yang tahu struggle itu.
Fast forward, ketika usia perkahwinan genap setahun, aku masih belum
mengandung. Dipendekkan cerita, satu hari, aku ajak suami aku pergi ke
sebuah hospital untuk check sama ada aku ni ada masalah untuk mengandung.
Oh ya untuk pengetahuan aku datang bulan pada setiap bulan biasanya
tepat pada waktu. Berat badan aku normal. Begitu juga dengan suamiku,
sihat, normal dan tidak mempunyai masalah berat badan.
Prosedur pertama, adalah dari part isteri. aku perlu membuat ujian pap
smear, kemudian ujian hormon. Darah aku diambil untuk diuji sama ada
hormon aku stabil atau tidak.
Kemudian aku perlu membuat transvaginal ultrasound, supaya doktor dapat
melihat sama ada aku dapat menghasilkan telur (ovum) yang normal. Dan
ujian yang terakhir adalah HSG. Iaitu untuk mengesan sama ada tiub
fallopian aku tersumbat atau tidak.
Dan alhamdulillah semua ujian itu aku berjaya dan keputusannya aku tidak
mempunyai apa apa masalah. Oh ya untuk part aku ni bukan ambil masa
sehari ya untuk settle. Berbulan juga sebab bergantung pada hari subur
dan hari kita datang bulan.
Settle part isteri, tiba masa suami aku membuat ujian sperma. Suami
diarah untuk mengeluarkan semen dia supaya doktor boleh lihat sama ada
dalam semen dia mempunyai sperm – sperm yang normal.
Cara dia keluarkan semen tu jangan la dibayangkan ya para pembaca. Suami
kena keluarkan sendiri, ada bilik khas yang disediakan di hospital.
Keputusan untuk suami cuma mengambil masa beberapa jam saja. Jadi kami
decide untuk tunggu di hospital.
Selang beberapa jam, nama kami dipanggil untuk masuk ke bilik. Aku cool
saja sebab memang fikir yang baik baik inshaAllah tiada apa apa yang
buruk. Aku yakin.
Tiba tiba keputusannya adalah “azoosepemia” . Aku macam “oh okay”
mungkin ada sesuatu tapi aku tak adalah terkejut sebab aku pun tak tahu
apa itu azoospermia.. Kemudian doktor jelaskan azoospermia adalah
keadaan di masa seseorang lelaki tidak menghasilkan/produce sperm langsung.
Dalam erti kata lain, semen yang dikeluarkan oleh lelaki tersebut adalah
kosong sahaja. Tanpa sperm. Di mana sepatutnya seseorang lelaki
menghasilkan berjuta juta sperm ketika ejakulasi, tetapi suamiku kosong.
Di atas kertas tu tercatat -NIL-. Doktor jelaskan, azoospermia boleh
terjadi sekiranya kilang sperm rosak atau saluran spermnya tersumbat.
Dan doktor pesan, satu satu nya kaedah untuk kami mendapatkan zuriat
hanyalah IVF. Itu pun sekiranya suami aku punya masalah adalah saluran
spermnya tersumbat. Di mana doktor akan cucuk ball dia dan terus sedut
keluar semen dari ball dia.
Sekiranya ada sperm jadi doktor akan terus senyawakan dengan ovum aku.
Tetapi sekiranya tiada juga doktor sarankan untuk ambil anak angkat saja.
Fikiran aku tiba tiba jadi kosong. Pandangan aku gelap. Apa yang harus
aku buat aku tak tahu. MENANGIS ? MARAH ? SEDIH ? Entah aku sendiri tak
tahu.
Kami decide untuk ulang sekali lagi ujian untuk suami lagi 2 bulan.
Sebab nak betul betul kepastian. Dalam waktu 2 bulan itu macam macam
yang suami aku amal. Healthy food dan healthy lifestyle .
Selain ambil pelbagai jenis supplement dan vitamin. Dalam tempoh 2 bulan
ni juga tempoh yang betul betul menduga sebab suami aku kadang kadang
hilang pertimbangan.
Dia rasa dia useless dan tak mampu berikan aku anak, dia nak lepaskan
aku. Bergaduh almost everyday sebab aku asyik menangis je. Aku menangis
kenapa Allah duga macam ni.
Fast forward, dah selang 2 bulan kami buat ujian lagi sekali untuk
suami. Dan keputusannya masih sama. Cuma waktu ini aku dah tak terlalu
sedih dan terkejut kerana aku memang tak nak letak high expectation
supaya aku tak kecewa.
Sekarang aku dah redha dengan perancangan Allah. Cuma aku tak boleh
terima kalau orang asyik tanya soal anak. Paling aku tak boleh terima
kalau orang siap pegang perut aku dan tanya ‘bila nak ada isi ni, dah
lama dah’ . Aku cuma cakap “inshaAllah, doakan ya.”
Kenapa ya asal tak ada anak je, isteri yang dituduh mandul dan tak
subur. Sedih betul aku. Aku rasa annoying sangat. Kenapa orang tak
faham? Orang dekat luar tak faham betapa kami suami isteri nakkan zuriat.
Aku dengan suami aku, kalau tengok budak kecil atau baby dkt luar kami
boleh tersenyum sendiri sebab seronok tengok keletah diorang. Apa yang
kami dah lalui, naik turun hospital, check sana sini, susah payah kumpul
duit untuk IVF, Orang tak tahu.
Jadi di sini aku nak pesan, aku minta tolong sangat sangat sangat, kalau
dah tak ada benda baik nak cakap, lebih baik diam, dari menyakiti
perasaan orang.
Family aku tak tahu hal ini kerana aku tak mahu mengaibkan suamiku. Tapi
keluarga mertua aku semua tahu kerana kami decide untuk cerita.
Tapi sekali lagi aku rasa annoying sebab jujurnya aku tak suka bila
keluarga mertua aku nasihatkan pergi berurut, makan itu ini untuk
tingkatkan kesuburan suami aku.
Kalau korang tak ada dalam situasi aku, tolong jangan nasihat yang bukan
bukan. Aku bukan tak percaya urut batin ni, tapi bila kita dah tahu apa
solution untuk dapatkan anak, kita terima dan teruskan jela apa
rancangan dari doktor.
Mertua aku ni juga antara orang berada berpangkat. Tapi suami aku biasa
saja. Yang buatkan aku lebih sedih, M dan jauh hati, walaupun diorang
tahu masalah suami aku, diorang langsung tak support financially or
mentally. Tapi bila habis kan duit pada benda benda lain tak apa.
Mertua aku ada 5 orang cucu. Setiap kali cucu balik ada saja benda mahal
mahal yang dibelikan. Nilai beratus ratus. Kalau dah 5 orang, dah berapa
pula kan.
Aku dengan suami pula langsung tidak dikisahkan. Walaupun masalah tu
datangnya dari anak diorang, diorang ignore je as if macam penyakit
suami aku ni boleh baik dengan sendirinya. Kononnya kalau ada rezeki
mesti ada punya tanpa apa apa rawatan.
Sampai sekarang aku susah nak terima. Bukan aku terlalu mengharap nilai
ringgit, tapi sekurangnya support lah kami ni, bagi kata kata semangat
pun aku syukur.
Sekarang, suami aku dah settle dah pun operation. Alhamdulillah spermnya
ada dan telah di bekukan untuk disenyawakan dengan ovum aku. Doakan
perjalanan IVF kami berjalan lancar ya kawan kawan.
Dalam masa yang sama kami masih lagi dalam fasa kumpul duit sebab IVF ni
sekurang kurangnya kena ada dalam 15 ribu. Tapi boleh bayar sikit sikit.
Kami berdua makan gaji saja jadi memang ambil masa.
Doakan kami suami isteri kuat dan tabah harungi ujian ini bersama sama.
Sekarang, kami dah ada rumah kami sendiri. Walaupun kami belum ada anak,
tapi kami masih lagi bahagia alhamdulillah. Apa yang aku nak makan, apa
yang aku teringin suami aku cuba penuhi.
Jadi aku cuba lawan perasaan aku untuk tidak meletakkan anak itu sebagai
punca kebahagiaan. Aku redha dan terima ujian ini dari Allah swt untuk
menguji kesabaran kami berdua.
Terima kasih sudi mendengar luahan hati aku.
– Su (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions