Restoran Diarah Tutup Benarkan Lelaki Pakai Wristband ‘Lepak’

| July 22, 2020 | 0 Comments

Restoran Diarah Tutup Benarkan Lelaki Pakai Wristband ‘Lepak’ | Pesakit dalam pemantauan (PUS) memakai tag kuarantin Covid-19 yang berada di restoran di Jalan Sungai Udang, Klang akan dikenakan kompaun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, polis menerima panggilan dari orang awam berhubung perkara itu, 10.15 pagi tadi.

“Orang awam menghubungi polis memberitahu terdapat lelaki memakai tag kuarantin Covid-19 minum di restoran di Jalan Sungai Udang.

“Pada 10.20 pagi, polis tiba di lokasi yang dimaklumkan bersama penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), bagaimanapun suspek tiada di lokasi.

“Pemilik restoran memaklumkan suspek ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut dengan menaiki kenderaan yang dibawa oleh kawannya yang bekerja di restoran itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shamsul Amar berkata, suspek menjalani kuarantin di rumah dari 9 Julai lalu sehingga 23 Julai selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India.

“Maklumat terkini yang diperolehi, lelaki berumur 55 tahun dari Setapak itu mendapatkan ujian saringan Covid-19 kali kedua di klinik kesihatan disahkan negatif Covid-19.

“Suspek tidak sepatutnya berada di tempat awam memandangkan dia masih dalam status kuarantin sebelum ke klinik terbabit.

“Polis akan mengambil tindakan kompaun ke atas suspek dan restoran yang membenarkan suspek masuk diarahkan tutup serta merta,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki yang memakai tag kuarantin berada di restoran itu.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *