Aku Jijik, Namun Aku Mahu Kembali Kepadanya | Assalammualaikum buat pembaca. Aku hanya seorang gadis mentah. Aku menulis kerana aku hanya inginkan suatu semangat, untuk melangkah hari demi hari.
Aku baru sahaja melangkah dalam usia 20-an. Namun, kesucianku telah
ternoda. Atas nama cinta, aku merelakan segalanya pada dia yang
sebenarnya suami orang.
Titik perkenalan kami hampir setahun, namun di sepanjang perkenalan itu.
Aku tidak mengetahui bahawa dia adalah seorang suami kepada sang isteri
yang taat. Aku hanya mengetahui setelah kami terlanjur.
Pernah aku bertanya kepada dia, jawapanya ialah dia bujang. Bukan sekali
aku bertanya, malah berkali kali. Aku mengetahui kebenaran tersebut
setelah bertanyakan kepada seorang kawan yang bekerja di tempat yang sama.
Dia berjauhan dari isterinya. Entah kenapa, aku tidak memahami. Jika
punya isteri yang taat, mengapa harus mencari insan lain untuk berteduh
kasih?
Aku sangat menyesali segala perbuatan tersebut sehingga aku terlampau
jauh berfikir dan d3pr3ssion.
Aku seorang pelajar namun prestasi ku menurun kerana d3pr3ssion. Sedang
aku belajar, tanpa ku pinta air mata menitis. Daripada titisan hingga
berjujuran.
Tidur ku sering terganggu sehinggakan roomate ku mengatakan aku sering
meracau dalam tidur, aku sering menangis. Aku juga pernah terfikir untuk
menamatkan riwayat aku sendiri.
Sebulan lebih aku begitu, sehingga lah aku berkenalan dengan seorang
hamba Allah ini. Baru sahaja seminggu usia perkenalan kami. Kami terus
berjumpa namun tiada langsung rasa canggung antara kami.
Kami sering meluangkan masa bersama sama. Sehingga lah seberapa detik,
aku tanpa segan silu meluahkan rasa di hati. Katanya dia turut merasa
kan perkara yang sama.
Dan pada malam itu juga, dia memberitahu ku perkara sebenar bahawa dia
adalah seorang suami dan bapa kepada seorang anak. Dia di tinggalkan
oleh isterinya bersama anak kecil. Dan katanya juga, akan bercerai pada
masa terdekat.
Pada masa itu jujur, aku sedih. Aku sangat menyayanginya. Sebab sayang,
aku buta akan status suami orang tersebut. Hari demi hari aku menjadi
tempat untuk meluahkan rasa, menenangkan jiwa yang lara. Aku selesa
dengan keadaan begitu.
Aku terlampau selesa sehingga aku pernah mengunjungi rumahnya. Dan, pada
tanggal 18 Mac, iaitu hari pertama pkp. Aku mendiami rumahnya. Kami
tinggal berdua tanpa rasa takut akan Tuhan. Kami juga pernah bersama
atas dasar cinta.
Aku akui, aku juga terlampau b*d*h. Aku telah menyesali perbuatan ku
yang dulu. Namun di usia ini, nafsu ku juga bergelonjak. Sebulan pertama
aku di sana semua nya indah. Aku di layan sangat bagus, perkataan terima
kasih tidak pernah lekang dari bibirnya.
Aku berjanji untuk sentiasa menjaganya, memasak, kemas rumah bahkan baju
semua aku uruskan. Tanpa minta balasan. Aku ikhlas, sungguh ikhlas.
Bagiku, perempuan yang tidak menghargai insan sebaik dia adalah b*d*h.
Aku tahu dia terluka, aku cuma ingin dia rasa di hargai dan di sayangi
sebagaimana yang selayaknya.
Katanya, dia tidak pernah di layan sebegitu. Tiap hari, dia memuji
masakan ku sedap. Tiap hari juga, selepas turun untuk bekerja dia akan
bertanyakan khabar ku di rumah walaupun dia sibuk bekerja (frontliner).
Langit tidak selalu nya cerah, pantai tidak selalunya tenang. Maka,
mimpi indah bertukar ngeri apabila dia, sang isteri mula muncul kembali
(dalam chat) setelah berbulan menghilang atas dasar duit.
Oleh sebab kasih akan anaknya, dia tidak sanggup untuk di block semula
oleh sang isteri. Dia melayan isteri setiap saat.
Tidak lekang dari telefon pintar. Setiap kali si isteri bervideo call,
aku terpaksa menyorok. Aku menangis dalam diam. Namun tetap semua kerja
ku di rumah, aku buat.
Tidak pernah aku meluah tentang apa yang aku rasa. Tidak juga merungut.
Bahkan, bukan sang isteri sahaja di layan dengan bagus. Ada juga
perempuan lain yang sering berwhatsapp.
Bila di tanya perempuan tu siapa, katanya kawan. Dan aku juga kawan. Ya,
hatiku remuk. Hancur. Rasa di tusuk. Sebeginikah melayan seorang kawan
hingga ke atas katil?
Aku sering bermonolog sendiri. Tidak cukup kah perhatian dan kasih
sayang ku beri? Tidak cukup kah aku berkorban untuk kebahagiaan dia?
Kenapa mesti ada insan lain? Hari demi hari aku merasakan dunia ku
semakin kelam.
Genap 2 bulan di sana, aku mendapat pelepasan untuk balik ke tempat
asalku. Aku bahagia. Aku berjanji dengan diri sendiri untuk tidak
menghubunginya lagi. Namun, aku kesian. Aku takut, di saat dia jatuh
tiada insan yang akan menemaninya.
Sebagaimana aku pernah menyaksikan jatuhnya air mata seorang lelaki
disebabkan seorang isteri. Rasa sayangku terlampau kuat di susuli rasa
kesian ku. Ya, aku setia di sisi nya. Dan mengharapkan satu perhubungan
yang halal.
Hari demi hari, perhubungan kami makin renggang. Dia sering mendiamkan
diri. Dan aku juga tahu dia sudah menemui perempuan lain. Namun kasih
itu sungguh besar. Aku setia. Aku ingin kan satu kepastian.
Dan kata akhirnya adalah, “aku tidak inginkan suatu perkahwinan lagi.
Cukuplah, dia perkahwinan pertama dan terakhir ku. Cukup lah dia
perempuan yang aku sayang. Aku trauma. Dan kau seharusnya tahu
membezakan antara layanan yang baik dan cinta.”
Tanpa dia sedar, dia telah membuatku trauma. Trauma sehingga aku
d3pr3ssion lagi. Bagiku, dunia ini terlampau kejam. Di mana silap ku?
Sehingga aku diperlakukan sedemikian. Mengapa suami orang yang mendekati ku?
Sumpah, semua ini terlampau sakit untuk ku jalani sendirian. Aku juga
cuba mendekat kan diri dengan Dia, Yang Maha Besar. Aku malah cuba untuk
redha. Namun, semua terlalu berat untuk insan sekerdil ini.
Tuhan, kuat kan lah Jiwaku! Aku hanya ingin kan kata semangat untuk
meneruskan perjuangan ini kerana aku rapuh dan ingin sahaja berputus
asa. Aku akui, aku pernah hidup dalam gelumang dosa aku cipta kan
sendiri. Aku kotor. Aku jijik. Aku b*d*h.
Dan, andai anda ingin mengecam perbuatan ku. Aku tidak menyalahkan mana
mana pihak. Ya, silapku sendiri. Kerana niat ku tidak menghalalkan cara.
Aku menjaga dia yang sudah tentunya bukan milikku. I want to fix him,
but he broke me down instead.
– Deuddz’s (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions