Petua Hilangkan Gastrik | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Silap makan atau tak makan memang akan berisiko terkena gastrik. Sakit gastrik ini memang sakit. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali.

Makanan

4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

1).Pisang


Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik…
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik…

2).Susu sejuk

Makanan
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut
Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.
Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik…

3).Bunga cengkih

Makanan
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.
Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut
Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan…

4).Halia

Makanan
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.

Mesti semua pernah rasa gastrik kan. Jom lah kita sama sama try cuba test tengok petua ni kot kot menjadi kan. Korang jangan lupa, kalau ada petua atau tips nak kongsi boleh tinggalkan di ruangan komen. jangan malu malu. Kita kongsikan bersama untuk ilmu yang berguna. Jomlah try ok. semoga bermanfaat dan menjadi petua ni.

Sumber: Kisah Benar Sedekah/Waqaf

Share.

Leave A Reply