Berdosakah Anak Rapat? | Terima kasih kerana menyiarkan kisah ini. Nama aku Ayana (bukan nama sebenar). Umur aku tahun ni 29 tahun. Aku berkahwin dengan suami ketika umur 25 tahun dan suami 26 tahun. Rezeki Allah, aku mengandung anak pertama selepas 2bulan bernikah. Anak sulung kami perempuan.
Masa aku mengandung anak sulung, suami aku di transfer ke cawangan lain
di negeri lain. Kami bekerja swasta. Ketika itu, usia kandungan baru 5
bulan.
Jadi, aku terpaksa berhenti kerja dan mengikut suami sebab di situ kami
tiada ahli keluarga atau saudara mara. Jadi suami risau jika apa-apa
terjadi kepada aku dan kandungan.
Lepas aku bersalin anak pertama kami, puas juga aku mencari pekerjaan.
Tetapi bukan rezeki aku lagi ketika itu. Tambahan pula jawatan aku
sebelum itu susah didapati di tempat baru kami.
Selepas lahir anak pertama, aku dan suami ada merancang. Tetapi kami
hanya merancang secara semula jadi tanpa sebarang pil perancang atau
alat perancang.
Tetapi selepas anak sulung kami genap 1 tahun, kami decide untuk
mendapatkan anak ke 2 sebab kesian dengan si kakak. Tiada kawan. Ketika
itu aku masih suri rumah.
Rezeki Allah, permintaan kami termakbul dan aku mengandung anak kedua.
Beza mereka 1 tahun 9 bulan. Ikut tahun, beza 2 tahun. (2017 & 2019).
Ketika mengandung anak ke 2, aku masih aktif mencari pekerjaan. Kami
sedar untuk zamam sekarang ini,suami isteri perlu berkerja untuk
keselesaan kami dan anak-anak serta pendidikan mereka.
Alhamdulillah, selepas habis pantang anak ke 2, aku dipanggil temunduga
dan berjaya mendapatkan jawatan tersebut walaupun bukan seperti jawatan
sebelum ini dan gaji kurang sedikit dari sebelum ini.
Tapi aku tetap bersyukur kerana rezeki untuk memulakan career aku kembali.
Anak ke 2 kami lelaki. Jadi kami sudah dapat sepasang. Untuk kali ini,
kami decide untuk betul2 merancang dan focus pada 2 orang anak kami.
Aku mengambil pil perancang. Dalam masa yang sama, kami merancang secara
semula jadi juga.
Kami benar-benar merancang kali ini. Suami pun bagi kerjasama yang baik
kerana kami ingin yang terbaik untuk dua anak kami.
Tetapi perancangan Allah itu maha hebat. Ketika anak kedua kami baru
berusia 10 bulan, aku mengandung lagi.
Pada awal nya aku rasa tak sedap badan. Rasa ada yang tak kena. Aku
tiba-tiba rasa pening bau tom yam, rasa tak ada selera makan.
Untuk pengetahuan korang, aku memang tidak mengalami mabuk ketika
mengandung. Aku cuma jadi kurang selera makan pada awal kandungan. Dan
suami aku pun akan rasa kurang selera makan.
Aku sudah dapat rasa aku mengandung. Tapi aku cuba yakin kan diri yang
aku tidak mengandung kerana aku mengambil pil perancang. Tapi bulan itu
aku lambat datang bulan.
Tiba-tiba suami mengadu dia tidak sedap badan dan rasa tak selera makan.
Suami pun rasa aku mengandung. Jadi untuk kepastian, aku pun membeli
alat check kehamilan.
Balik dari farmasi aku terus check dan terpapar 2line yang sangat jelas.
Aku keluar bilik air dengan perasaan bercampur baur. Suami tertunggu
jawapan. Dan aku tunjuk keputusan tersebut.
Suami hanya senyum. Tiba-tiba aku menangis. Bukan kerana aku benci bayi itu.
Tapi aku takut dan risau aku tak dapat jadi ibu yang baik. Aku kesian
dekat anak-anak aku. Aku rasa aku belum cukup sempurna untuk menjadi
seorang ibu.
Apa tidaknya. Kadang-kadang terlalu penat bekerja, anak ingin kan
perhatian tapi aku lepaskan lelah pada mereka.
Namun suami aku sangat positive. Dia yakin kan aku Allah ingin bagi
sesuatu untuk kami. Suami pujuk dan bagi keyakinan pada aku. Tapi aku
putuskan untuk berdiam tentang kandungan kali ini. Hanya keluarga aku
sahaja yang aku beritahu.
Tapi suami aku pulak excited sama excited macam dapat anak pertama dan
kedua. Dia post status merujuk kepada kandungan aku.
Maka, di sini la bermula fasa betul mencabar pada aku. Ada kawan-kawan
aku yang terbaca status suami di FB dan mengucapkan tahniah di dalam
group whatapps.
Maka makin ramai la yang tahu aku mengandung lagi. Ramai yang
mengucapkan tahniah. Tapi ada juga yang seolah-olah tidak puas hati.
Mereka whatapps personal dengan aku dan tanyakan kebenaran khabar
tersebut. Aku mengiyakan sahaja kerana itulah yang sebenarnya.
Ada seorang hamba Allah ini pada dasarnya konon nak bagi nasihat pada
aku. Tapi ayat dan bahasa dia agak menguris. Seolah-olah anak rapat ni
berdosa. Siap cakap aku macam tidak sayang anak. Hanya Allah sahaja yang
tahu perasaan aku ketika itu.
Ada pula hamba Allah yang lain asyik memerli aku di dalam group
whatapps. Katanya aku ini nampak sahaja muka innocent, blur, muka nerd
tapi nafsu kuda. Menangis aku membaca.
Mujur ramai kawan-kawan lain dalam group whatsapp tersebut yang “back
up” aku. Yang beri kata semangat.
Dan yang paling melampau pada aku, ada seorang hamba Allah ini pulak
jumpa aku personally. Konon-kononnya kasihan dengan aku, padahal aku
tidak ada mengadu apa-apa pun dengan dia.
Dia “menasihatkan” aku untuk menggugurkan kandungan aku sementara masih
awal. Mengucap panjang aku ketika itu. Katanya tak salah tindakkan
tersebut kerana anak aku masih kecil dan menyusu badan lagi.
Jujur aku katakan, di awal kandungan yang ke 3, aku sangat tertekan. Aku
hampir d3pr3ss. Stress dengan orang sekeliling yang membuat seolah-olah
berdosa besar sebab mengandung rapat-rapat.
Tapi alhamdulillah, Allah kurniakan aku suami dan ahli keluarga yang
sangat supportive. Dan benar apa yang suami aku katakan, setiap anak
datang bersama rezeki.
2 bulan sebelum anak ke 3 kami lahir, suami aku di naikkan pangkat dan
gaji 2x ganda. Dan aku telah selamat melahirkan anak ke 3 kami pada 16
Julai yang lalu. Anak ke 3 kami lelaki. Dugaan bersalin ketika PKPP ni
memang mencabar.
Tapi, rezeki datang bersama, sehari selepas bersalin, aku mendapat
panggilan peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa
(Kementerian Dalam Negeri). Tolong doakan aku lulus ujian tersebut ye.
Semoga Allah meluaskan rezeki kita semua. Maaf jika ayat dan bahasa
dalam penulisan ini agak kurang formal dan rojak.
– Ayana (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions