Boring Cerita Zina Syok Sendiri

| August 4, 2020 | 0 Comments

Boring Cerita ZIna Syok Sendiri | Sebagai seorang lelaki yang merupakan silent reader di page ni, aku pun terpanggil nak turut menyumbang sikit perkongsian pandangan aku bersesuaian dengan isu yang sesuai sangat dengan tajuk yang aku letak kat atas tu.

Para perempuan yang seolah berlumba-lumba bercerita kisah-kisah
perzinaan kau dengan begitu detail sekali, dan isteri-isteri yang
dianugerahkan dengan suami-suami tak guna @ biawak hidup, korang sedar
tak apa persamaan korang?

Korang ni tak sekelumit pun cermin kekurangan diri. Muhasabah lah
kesalahan sendiri. Tak malu ke malah macam berbangga bercerita tentang
kisah perzinaan kau? Pelacur pun terima bayaran. Kau?

Serah free malah seolah macam berbangga ada kisah hitam yang sebenarnya
turut menambat ayah dan adik beradik lelaki kau ke neraka dalam keadaan
diorang tak sedar.

Budak-budak yang baca confession bajet insaf kau pulak akan terpahat
atau embedded dalam minda separuh sedar diorang yang tidak mengapa ada
kisah hitam. Sebahagian pengalaman hidup. Konon jangan lah masyarakat
judge kami? Piirah.

Sebab tu bila berkahwin nanti dan dapat lelaki tak guna, panas baran,
kaki kelepet duit, kau jangan bising.

Sebab masa bercinta kau tak ingat dunia. Gadai kehormatan kau kat
jantan, ada kau fikir ayah kau? Ada terbayang wajah kecewa mak kau? Masa
syok bercinta mudah emosional.

Belakang mak ayah menipu macam-macam. Janji asalkan dapat bersama si
jantung hati. Lepas tu bila dia dah dapat kepuasan, kau kena tinggal.

Kau susahkan lagi pulak mak ayah kau dengan emo patah hati kau tu. Malah
ada kes mak ayah pulak jadi mangsa lepaskan amarah frust kau kena
perdaya dengan jantan.

Aku perhatikan perempuan-perempuan yang gagal rumahtangga dan dapat
suami celaka ni memang kebanyakannya jenis bagai nak rak masa bercinta
dan tak hirau mak ayah.

Kau tak payah rasa syok sendiri lah yang kau tak tergolong dalam
golongan ni bila kau serah kehormatan kau kat jantan tanpa nikah,
autom4tik kau berdosa pada mak ayah kau.

Kecewakan hati dan kepercayaan mak ayah walaupun kau syok sendiri
perasan macam apa aku cakap ni salah dan cuba nafikan, jauh sudut hati
kau, kau tau apa aku cakap ni memang betul.

Malah yang berkahwin dengan suami-suami celaka ni pun, mungkin 10% je
yang mak ayah salah pilih. Selebihnya kau yang pilih sendiri. Sebab syok
bercinta. Mak ayah nasihat pun tak bernilai.

Jadi kesimpulan nya mudah. Walaupun bukan semua, tapi dalam circle
kehidupan aku, dah banyak kali
aku tengok. Perempuan yang dapat suami celaka sebenarnya perempuan tu
sendiri berperangai celaka masa remaja atau sebelum kahwin.

Kau sakitkan hati mak ayah. Kau tak hirau nasihat mak ayah kau. Sebab
boyfriend kau lagi utama masa tu kan? So kau ingat takde bayaran untuk
perbuatan kau?

Sekarang ni kau rasa sakit hati pulak. Then bila diuji kesusahan dalam
hidup kau sekarang, nak confess macam kau teraniaya?

Cuba kau cermin masa lampau kau dan renung hati mak ayah yang pernah kau
guris dulu. Sekarang ni lah bayaran untuk kau. Please ada rasa malu bila
confess.

Terima kasih…

– Lelaki Melayu Bukan Biawak (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

Tags: , , , , ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *