Belum Rezeki | Assalamualaikum wbt. Saya A, seorang isteri yang sudah berkahwin beberapa tahun. Saya dan suami masih tidak sebumbung, namun kami bertemu sekitar 2 ke 3 kali sebulan.
Saya menulis sekadar meluahkan perasaan dan mungkin saya dapat doa-doa
yang baik daripada pembaca IIUM Confession.
Alhamdulillah, dari segi kewangan saya dan suami dikira stabil.
Tapi kami masih berjimat cermat supaya bila hadir tanggungjawab baru.
Kami tidak terkejut, memandangkan suami kerja dalam sektor O&G. Ada
jatuh bangunnya mengikut suasana semasa.
Saya pula sekadar penjawat awam biasa. Kami memiliki sebuah rumah dan
sebuah kereta. Itu sahaja. Tapi mungkin orang luar nampak kami “mewah”.
Sebab belum ada anak.
Fuh.. terus airmata menitik bila sebut pasal tak ada anak.
Sejak dari hari pertama kahwin, saya dan suami dah berangan-angan 9
bulan akan datang saya akan berpantang sekian, sekian. Kalau anak lelaki
nak bagi nama ni, kalau anak perempuan nak bagi nama ini.
Rekod keluarga kami, keluarga yang besar. Di sebelah suami, semua abang
kakak akan dapat anak selepas setahun lebih bernikah. Begitu juga
keluarga saya. Namun untuk kami.. masih syahdu sehingga kini.
Masuk bulan seterusnya, saya lewat haid. Badan pening-pening, check upt
selalu sampai saya stress. Setahun bersikap macam tu. Akhirnya suami
tegur, Syg tak perlu selalu check. InsyaAllah. Nanti adalah rezeki kita.
Setiap raya kami hanya berdua, ambil gambar pinjam anak orang. Itupun
sangat bahagia dah. Tapi lepas ambil gambar, jiwa jadi syahdu. Mungkin
saya kurang bersyukur?
Disebelah mertua, mereka sangat baik. Mama, Abah dan adik beradik tak
pernah bergurau pasal “bila nak beranak”, tak ada tanya “merancang ke”
memandangkan kami masih PJJ.
Namun disebelah saya, sudah menjadi kerisauan bila saya belum lagi ada
tanda-tanda nak mengandung.
Tahun ni disebelah mertua ada 7 kelahiran baby baru (dikalangan sepupu,
kami semua rapat dan family yang besar). Maka jiwa saya agak syahdu bila
saya belum direzekikan masuk dalam list.
Saya tak tahu ke mana arah tuju confession saya ni. Saya tahu, anak ini
rezeki yang bukan hak tapi anugerah.
Saya tak boleh paksa Allah untuk beri saya anak. Saya sekadar berkongsi
rasa di sini. Dan mungkin kalian boleh doakan saya?
Ada satu kuliah yang saya jumpa di FB, kata Ustaz, kadang-kadang “tidak
diberi pun adalah satu pemberian”. Mungkin dengan pemberiaan anak itu
kita menjadi kufur, maka Allah selamatkan kita daripada kekufuran.
Nauzubillahiminzalik.
Saya tidak tahu adakah saya perlu menyatakan Alhamdulillah untuk “tidak
diberi ini adalah satu pemberiaan”? Atau bagaimana.
Mungkin saya belum menyiapkan diri saya sebaiknya untuk bersedia menjadi
seorang ibu. Sedangkan menjadi seorang isteripun saya masih bertatih,
menjadi seorang menantu pun masih bertatih, menjadi seorang ipar duia
pun saya masih bertatih.
Apa yang pasti, saya nak jadi orang yang sabar dan bersyukur, Allah beri
saya kehidupan saya senang dari segi kewangan dan hubungan manusiawi.
Suami yang baik insyaAllah. Cuma kini kami diuji dengan rasa “sunyi”.
Suami belum bersedia nak ambil anak angkat. Pada beliau, itu tugas yang
berat. Kita masih boleh berusaha. Mungkin Allah nak kita tinggal
sebumbung dahulu baru kita dapat anak. Supaya dapat jaga anak sama-sama.
Di sini, saya nak mohon doa-doa daripada pembaca confession ini. Semoga
Allah lapangkan hati kami suami isteri dengan menerima takdir Allah
dengan sangkaan yang baik.
Semoga kami direzekikan zuriat yang soleh dan solehah, untuk jadi
bekalan dunia akhirat kami.. Aamiin5..
Saya doakan semua pasangan suami isteri diluar sana, tak kira baru
kahwin sebulan atau 10 atau 15 tahun. Semoga kita semua direzekikan
zuriat yang soleh dan solehah untuk jadi ladang pahala kita. Aamiin5..
Doakan kami ya.
Incase ada kawan-kawan yang cam confession ni adalah dari saya atau
“kawan anda”. Buat macam tak cam ye. Saya tak kuat nak sembang ini dalam
dunia nyata.
– Bakal Ibu (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions