Housewife Tanpa Sengaja | Assalamualaikum. Aku ada terbaca pasal HOUSEWIFE BURNOUT, Nasib kita lebih kurang sama je, hahaha. Bersabar ya sis. Mungkin sebab kita tak ready duduk rumah dan terkejut kena hadap kerja rumah yang tiada penghujungnya..sigh.

Sepatutnya aku masuk kerja tempat baru 1st April tapi disebabkan PKP
kena extend yang tak tahunya bila masuk.

Start PKP-1 aku dah start stress bila lah boleh kerja. Gaji bulan depan
macam mana. Langsung tak ada. Lepas je umum PKP disambung menyambung
tersambung serious aku down teruk.

Tambah pulak tu company baru aku tu direct cakap tak nak pekerja baru.
Nak cakap apa? Kontrak pun belum start sign lagi. Tercyduk kawan. Siap
menangis mengenangkan nasib hahaha. So jadilah aku SURI RUMAH TANPA
SENGAJA ahaks!

Kisah bermula bila dah start kelonggaran PKP, husband dah start kerja
kan. Time tu lah aku struggle jugak buat kerja rumah sendiri tanpa
bantuan husband. Kelam kabut dah terlalu penat. Baik aku kerja dari
duduk rumah.

Tapi apakan daya benda bukan dirancang nak tak nak kena hadap, nak tak
nak dapur kena berasap jugak.

Aktiviti aku awal-awal dulu, sentiasa nak rumah nampak perfect. Setiap
hari mesti mop dan sapu. Mainan bersepah aku sakit mata. Mula lah
sikit-sikit aku jadi panas. Asyik nak marah je.

Dapat pulak anak-anak super active. Sampai satu tahap aku terlampau
penat nak kejar kesempurnaan nak jaga rumah dan anak-anak.

Finally, aku meletop jugak. Badan dengan otak aku terlampau penat.
Tengah suap anak, sorang tepis makanan sampai pinggan jatuh. Aku sabar
lagi. Sorang lagi main sembur-sembur nasi. Habis lah bersepah area meja
makan.

Aku mengamuk. Tolak pinggan tolak kerusi. Aku menjerit. Sampai aku
terduduk menangis tepi bucu. Husband aku terus ambik anak-anak. Dia
settlekan semua sepah-sepah tadi. Aku lagi lah meraung-raung lepaskan
tension.

Anak aku nampak aku menangis dia pun sekali join menangis, hahaha.
Husband tarik aku bawak masuk bilik. Dia nasihat kat aku inilah cabaran
kita kena hadap jugak. Sabar kena tinggi. Jangan ikutkan perasaan sangat.

Dia cakap takpe rumah nanti balik kerja kita kemas sama-sama kalau tak
larat. Yang penting jaga anak-anak. Saya nak awak jaga anak-anak kita.

So start haritu aku tak nak dah ikutkan sangat perasaan aku. Mental dan
fizikal aku kena kuat. Apa aku buat?

Before this basuh baju hari-hari tapi sekarang aku basuh baju selang 2-3
hari. Time tu baru pulun habis. Before this hari-hari aku mop. Sekarang
sama jugak selang 2 hari aku akan mop. Sapu still hari-hari.

Oh ya! Aku ada hobi baru sekarang. Aku berkebun depan rumah. Bermula
dengan tanam kangkung sekarang ni macam-macam aku ada.

Bayam brazil, kari, kunyit, jagung, carrot, bayam, kobis haaaa banyak
lah. Semua tanam dalam pasu dan polibag. Salah satu terapi untuk aku.
Betul. Start aku buat projek berkebun, hati aku makin tenang. Seronok je
tengok.

Setiap masa asyik fikir rumah dan anak-anak je kan memang cannot go.
Selain berkebun, aku jugak suka baking dengan buat kraftangan. Terapi
untuk diri sendiri.

So aku share jugak rutin harian aku. 6:30 pagi dah bangun solat semua.
7-8:30 pagi aku akan kemas rumah, buat breakfast, basuh baju dan
mandikan dua anak-anak aku yang super aummm hahaha.

Pukul 9 pagi aku akan breakfast dengan anak-anak. Then pasang channel
cartoon aku akan bagi dorang layan cartoon sementara aku siapkan lah
kerja rumah.

Nanti baby pukul 10am merengek mintak tidur dah. Baby ni jenis tidur 30
minit ke 1 jam. Ikut dan dialah nak jaga banyak kali. Jenuh lah nak
sumbat tek je.

After tidurkan dia aku akan masak dengan pantas hahaha. Laki aku nak
balik makan weh 12:30pm. Selalu 30 minit siap masak nasi dengan 2 jenis
lauk.

Husband aku tengahari balik makan sampai 1.30pm. Kami semua akan makan
sama-sama. Nanti pukul 2pm start aku tidurkan anak. WAJIB. Duk
golek-golek atas katil kang pukul 3 baru tidur. Sampai lah pukul 4-5pm.

Haa waktu anak tidur ni lah aku akan spent time dengan pokok-pokok.
Belek-belek, tenung, senyum… adehh happy wehh perasaan aku time ni.

Pukul 6pm nanti husband aku balik so kitorang akan melepak dekat mini
garden. Borak apa lagi nak tambah tolak. Mana perlu dia tolong. Buat
pangkin comel untuk kami.

Anak-anak lepas kan main sekali. Duk rumah dengar mama menjerit tak syok
jugak kan hahaha.

Weekend pulak tempat shopping aku mestilah kedai berhantu ECO & nursery
adehh hahaha…beli pasu pot tanah itu ini. Heaven babe!

Begitulaj rutin aku yang tak seberapa… endingnya aku happy sebab aku dah
jumpa hobi baru duduk rumah.

Aku tak nak stress benda kecil lepas dekat anak-anak. Memang akan marah
anak-anak tapi apa boleh buat. So aku tak nak lah tunjuk sikap tak baik
dekat dorang.

Bagi isteri macam aku yang TERKEJUT kena duduk rumah TIBA-TIBA, korang
cari lah minat korang. Benda yang boleh buat kita happy selain ulit
suami,anak-anak dan rumah. Aku suka belai pokok hehehe…

Oh ya, duduk rumah ni jujur lah aku cakap aku dah makin sayang dengan
ALLAH. Sebelum ni tunggang langgang. Sekarang alhamdulillah ALLAH
sayangkan aku lagi. Salah satu jugak penyebab aku tenang.

Semoga para isteri terus istiqamah. Dugaan sentiasa ada. Kita ni kena
pandai smash. Hahaha bye guys!

P/s- bulan depan buah tembikai aku dah boleh makan wehh ahaks!

– GardenPot (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Comfessions

 

Share.

Leave A Reply