Pemilik Anjing Mati Ditembak Pencuri Setelah Anjing Peliharaannya Dibunuh | Seorang pemilik anjing telah ditembak mati selepas membuat percubaan bagi menangkap tiga orang pencuri yang telah membunuh anjing kesayangannya, di sini, baru-baru ini.

Pemilik Anjing Mati Ditembak Pencuri Setelah Anjing Peliharaannya Turut Dibunuh

Mangsa, Huynh Thanh Hai, 44 telah ditembak mati oleh seorang pencuri yang menggunakan senjata buatan sendiri dalam satu kejadian awal pagi di Wilayah Selatan Long An, Vietnam.

Menurut satu laporan dari Vn Express, pihak polis mengesahkan telah menahan ketiga-tiga suspek tersebut yang dipercayai salah seorang daripada mereka terbabit dalam insiden pembunuhan Hai. Polis menambah lagi, dua dari tiga suspek tersebut merupakan penduduk Long An dan mereka telah bertemu seorang lagi suspek di Wilayah Dong Thap sebelum insiden tersebut berlaku.

Polis mendakwa bahawa ketiga-tiga suspek mengambil dadah sebelum melakukan aktiviti pencurian sebelum mereka kembali semula ke Long An untuk mencuri anjing milik penduduk tempatan di kawasan tersebut sambil membawa senapang buatan mereka sendiri sebagai pelindung.

Setelah mereka berjaya mencuri dua ekor anjing di sebuah rumah berdekatan daerah Tan Hung Long An, mereka menuju ke rumah mangsa sebelum anjing peliharaanya mati selepas ditembak menggunakan senjata perenjat oleh salah seorang pencuri tersebut.

Mangsa yang terjaga apabila mendengar kekecohan yang berlaku cuba menghentikan pencuri tersebut sambil menjerit meminta tolong, lalu suspek-suspek tersebut membuat cubaan melarikan diri sebelum salah seorang dari mereka melepaskan tembakan ke arah mangsa lalu memukul belakangnya dengan kuat sehingga rebah ke lantai.

Dek kerana terkejut akan kejadian tersebut, dua orang suspek telah melarikan diri manakala salah seorang daripada mereka mengambil keputusan untuk tidak melarikan diri bagi membantu ahli keluarga mangsa membawanya yang berlumuran darah itu ke hospital sebelum mangsa disahkan meninggal sejurus tiba di hospital.

Soal siasat yang dilakukan ke atas suspek yang berjaya ditangkap itu mendorong kepada penangkapan dua orang lagi suspek setelah dia memberitahu tempat persembunyian mereka iaitu di sebuah hotel berdekatan Daerah Thap Muoi.

Ketiga-tiga suspek telah ditahan namun salah seorang daripada mereka akan dihadapkan dengan pertuduhan membunuh manakala kedua-dua orang suspek lagi akan disiasat atas kesalahan mencuri harta benda awam.

Sumber: New Straits Times

Share.

Leave A Reply