Masjid Laung Azan Maghrib Awal, Puasa Terbatal Dan Wajib Ganti | Khalifah Media Networks –  Sudah kemestian semua umat muslim dunia akan menunggu tibanya waktu maghrib ketika bulan ramadhan untuk berbuka puasa. Laungan azan maghrib dari masjid semestinya akan dijadikan panduan untuk mereka mengetahui bahawa telah tiba waktu untuk berbuka puasa.

Masjid Laung Azan Maghrib Awal, Puasa Terbatal Dan Wajib Ganti

Namun sebuah masjid di Selangor telah melaungkan azan lebih awal berbanding masa yang sepatutnya. Kejadian itu telah berlaku di Masjid Al Khairiyah Taman Seri Gombak, Isnin lalu. Kesilapan itu berlaku disebabkan oleh masalah teknikal paparan jam digital di masjid itu pada hari berkenaan menyebabkan azan telah dilaungkan awal pada waktu.

Azan telah dilaungkan 3 minit lebih awal dan hanya disedari oleh ahli jawatankuasa masjid sebaik sahaja mereka melihat jam masing-masing. Menurut Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, mereka yang berbuka puasa berpandukan azan masjid itu. Terus berbuka sebaik sahaja azan dilaungkan. Puasa itu dikira terbatal dan wajib diganti. Namun mereka yang berbuka dihujung azan atau sebaik azan selesai dilaungkan dikira sah kerana dikira sudah masuk waktu.

Katanya, waktu solat adalah mengikut zon di negeri-negeri dan bagi kes berkenaan. Puasa mereka yang berbuka berpandukan azan pada 7.18 malam itu adalah terbatal dan wajib diganti.

Mohd Tamyes bagaimanapun memuji tindakan nazir masjid berkenaan yang berani berterus terang mengenai kesilapan berkenaan. Katanya, semua orang melakukan kesilapan dan mereka yang berkenaan perlu memaafkan nazir berkenaan yang tidak sengaja mengalunkan azan lebih awal.

Tular di media sosial sejak semalam kenyataan bahawa jemaah yang berbuka puasa bergantung kepada azan Maghrib masjid itu kelmarin, 7 Ramadan 1442 atau 19 April 2021, bahawa puasa terbatal.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply