24 Mayat Termasuk Dua Kanak-Kanak Ditemui Dalam Bot Hanyut| Kehadiran pendatang asing di mana-mana negara kian meningkat tahu demi tahu. Hal sebegini berlaku disebabkan oleh ekonomi dan juga pergolakan politik yang berlaku di negara asal mereka. Itu membuatkan mereka mengambil keputusan melarikan diri ke negara lain bagi meneruskan kehidupan.
Pihak berkuasa maritim Sepanyol telah berjaya menemui 24 mayat berketurunan Afrika dalam sebuah buah bot hanyut. Bot hanyut yang dinaiki mereka itu telah ditemui di perairan Kepulauan Canary. Kesemua mayat termasuk dua mayat kanak-kanak telah dikeluarkan oleh anggota pasukan penyelamat Sepanyol sebelum dihantar ke rumah mayat untuk tindakan selanjutnya.
Bot hanyut itu pada mulanya telah dikesan berada pada jarak kira-kira 500 kilometer dari Pulau El Hierro. Bot tersebut dikesan oleh tentera udara Sepanyol yang sedang membuat rondaan pada hari isnin yang lalu.
Anggota tentera Sepanyol juga telah berjaya meneyelamatkan dua orang wanita dan seorang kanak-kanak yang turut sama terdapat di dalam bot itu. Ketiga-tiga mangsa mengalami simptom hidrasi yang teruk, mereka juga telah dibawa ke hospital yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan.
Pihak berkuasa Sepanyol telah menghantar sebuah kapal tunda untuk menunda bot hanyut yang dinaiki oleh pendatang asing itu. Bot utu ditunda dan dibawa ke pelabuhan yang berhampiran.
Pada mulanya pihak berkuasa Sepanyol hanya dimaklumkan terdapat 17 mayat dalam bot berkenaan. Namun sebaik sahaja bot itu dibawa ke pelabuhan, pasukan penyelamat telah menemui terdapat 24 mayat bergelimpangan di dalam bot itu.
Kehadiran pendatang asing ke kepulauan Archipelago semakin meningkat sejak tahun 2019. Seramai 23,023 pendatang asing tiba di Kepulauan Canary pada tahun 2020. Jumlah itu lapan kali ganda lebih ramai berbanding tahun 2019.
Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam satu kenyataan, berkata faktor cuaca dan keadaan laut yang tidak menentu sepanjang tahun ini menjadikan laluan digunakan pendatang asing itu amat berbahaya.
Kapal berkemungkinan hanyut untuk tempoh yang panjang dan akhirnya mangsa akan kekurangan bekalan air serta makanan.
Sumber: Berita Harian