Polis Tambah Sekatan Jalan Raya Di Laluan Tikus | Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan beberapa kawasan di Kedah telah pun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selaras dengan arahan itu pihak polis Seberang Perai Utara(SPU) akanĀ  menambah sekatan jalan raya untuk memastikan tiada siapa dapat merentas negeri untuk memasuki kawasan Pulau Mutiara itu melalui laluan tikus.

Polis Tambah Sekatan Jalan Raya Di Laluan Tikus

Kepala Batas: Polis telah menambah sekatan jalan raya bergerak di empat lokasi laluan tikus yang bersempadan dengan negeri Kedah untuk memastikan orang ramai tidak merentas negeri berikutan beberapa daerah di negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata empat lokasi itu membabitkan masing-masing dua di Kepala Batas dan Tasek Gelugor, yang juga jalan kampung serta batas sawah padi dijadikan orang ramai untuk merentas negeri bagi mengelak dikesan polis.

Beliau berkata, selain daripada sekatan jalan raya bergerak, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan pasukan kereta peronda polis juga sentiasa membuat rondaan di kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan tikus bagi memastikan tiada pihak cuba merentas negeri dalam usaha memastikan tiada penularan wabak Covid-19.

Tambahnya, buat masa ini terdapat enam sekatan jalan raya yang ditempatkan di sempadan negeri di daerah SPU dan beliau akan menambah jumlah itu menjelang sambutan Aidilfitri bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan pulang berhari raya.

Katanya dalam satu kenyataan, pasukan pemantau Ops COVID juga ditambah daripada 20 kepada 40 pasukan dengan kekuatan 350 pegawai dan anggota polis.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply