Sanggup ‘Gadaikan’ Anak Demi Bercuti Bersama Isteri Baru | Seorang lelaki kini telah didakwa pihak polis selepas dia dilaporkan telah dituduh cuba menjual anaknya sendiri kerana ingin menggunakan wang tersebut untuk pergi bercuti bersama isteri barunya di negara tersebut, baru-baru ini.
Mangsa dikenali sebagai Jiajia berusia dua tahun merupakan anak lelaki kepada suspek, Zhejiang dijual kerana suspek ingin meringankan beban penjagaan di bawahnya menurut laporan media tempatan.
Sebelum itu, suspek dilaporkan telah dikurniakan dua orang anak pada perkahwinannya bersama isteri pertama namun setelah tiada keserasian dalam perhubungannya, mereka mengambil keputusan untuk berpisah dan Zhejiang telah mendapat hak penjagaan Jiajia manakala isterinya mendapat hak penjagaan anak perempuan mereka.
Setelah itu, Zhejiang dilaporkan tidak mampu bertanggungjawab untuk membesarkan Jiajia kerana terlalu banyak komitmen yang perlu ditanggung setelah mereka berpindah ke bandar lain akibat pekerjaan serta dia dikatakan meninggalkan Jiajia dalam jagaan adiknya, Lin dan ahli keluarganya yang lain di Huzhou.
Namun beberapa bulan kebelakangan ini, Zhejiang telah pulang ke rumah Lin dan mengambil anaknya semula dengan alasan mahu dibawa bertemu dengan bekas isterinya sebelum beberapa harinya Lin mendapati bahawa Zhejiang tidak pernah dibawa bertemu dengan ibu kandungnya.
Setelah beberapa kali cubaan menghubungi abangnya itu gagal, Lin telah mengambil keputusan untuk melaporkan kehilangan anak menakannya kepada pihak polis bagi diambil tindakan.
Setelah melakukan siasatan berhubung kes tersebut, polis mendapati Zhejiang telah menjual anaknya kepada pasangan yang tiada mempunyai anak di Changshu serta meletakkan harga berjumlah 158,000 yuan iaitu kira-kira RM100,200.
Menurut siasatan yang dilakukan, hasil jualan tersebut telah digunakan untuk membawa isteri barunya bercuti ke seluruh negara menurut jurucakap polis.
Zhejiang dan isteri barunya telah dilaporkan berdepan dakwaan melakukan jenayah paksaan serta anaknya, Jiajia dikatakan telah dibawa pulang untuk tinggal bersama bapa saudaranya, Lin semula.
Sumber: Astro Awani