Tular Video Pelakon Kongsi Cerita Babak Rogol Dengan Raja Farah. Ini Respon Raja Farah & Suami | Semalam, tular di media sosial rakaman video memaparkan beberapa pelakon lelaki bersama hos dalam satu temu bual membicarakan mengenai watak jahat yang pernah dilakonkan oleh mereka.

Tular Video Pelakon Kongsi Cerita Babak Gogol Dengan Raja Farah. Ini Respon Raja Farah & Suami

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter, memaparkan pelakon Fauzi Nawawi dipercayai menceritakan mengenai salah satu babak lakonannya dalam filem Anak Halal yang membabitkan pelakon wanita, Raja Farah.

Ujar Fauzi Nawawi, watak perompak dan perogol menjadi watak kegemarannya kerana wajahnya yang dikatakan ‘sesuai’ dengan watak-watak berkenaan.

Namun, babak berkenaan dikatakan terpaksa dipotong di atas permintaan ibu bapa Raja Farah.

Walau bagaimanapun, Raja Farah dan suaminya tampil memberi respon mengenai video temu bual yang tular di media sosial tersebut di Instagram.

Suaminya turut mengatakan bahawa temu bual yang disiarkan di kaca TV itu adalah salah di setiap sudut kerana mereka tidak menjaga aib serta kehormatan wanita.

Ujar suaminya lagi, dia memaklumkan bahawa pelakon berkenaan tidak patut menceritakan babak berkenaan secara spesifik dan tidak patut dibual di dalam rancangan tersebut kerana ia mengenai aib dan kehormatan seorang wanita apatah lagi wanita itu sudah berkahwin.

Sebagai suami, dia menganggap perkara itu adalah sangat memalukan dan mengatakan perkara yang dibahaskan oleh pelakon lelaki tersebut seperti ‘orang jahil’.

Pemilik nama Raja Farah Raja Aziz mengakui terkesan dengan perkara berkenaan kerana merasakan aibnya seperti dibuka dan dirinya tidak dihormati.

Dalam pada itu, dia berharap pelakon berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara peribadi setelah apa yang telah berlaku.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargenet amat marah dengan barisan pelakon yang berada di rancangan televisyen tersebut kerana tidak menjaga kehormatan wanita dan sewenang-wenangnya menceritakan perkara tersebut di hadapan khalayak ramai.

Sumber : Twitter, Raja Farah, Oh Bulan

Share.

Leave A Reply