(Video) Selamba Redah Banjir, Myvi Ini Digelar Serba Boleh | Kini di Malaysia sudah masuk musim tengkujuh iaitu berlaku cuaca hujan lebat dan ada juga beberapa tempat yang mengalami bencana banjir.
Apabila berlaku bencana banjir, sudah tentu terdapat beberapa jalan tidak boleh dilalu oleh kenderaan dek kerana air sudah naik. Akan tetapi, yang menarik perhatiannya adalah baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan sebuah Myvi ‘selamba’ redah banjir macam tiada apa yang berlaku.
Myvi juga kebelakangan ini digelar ‘Raja’ segala kereta kerana kerap berlaku situasi yang pelik-pelik di atas jalan raya. Ada yang ‘terbang’ sampai masuk ke dalam kedai, ada juga yang ‘terbalik’ di tengah jalan.
@amalofu♬ original sound – Amal Ofu
Video yang tular itu menunjukkan sebuah Myvi sedang meredah banjir sehingga sampai ke penghujung. Sedia maklum, terdapat beberapa risiko yang akan berlaku pada kereta jika pemandu tetap menerukan perjalanan ketika banjir. Tidak bagi pemandu Myvi ini bila dilihat seolah-olah macam tidak banjir di hadapannya.
Video tersebut telah ditonton sebanyak 323 ribu tontonan di laman TikTok. Rata-rata di ruangan komen hantaran pada video ini, warganet terhibur dengan tindakan kenderaan tersebut.