Tindakan Berani Mati Bila Pemuda Ini Lompat Dari Ketinggian 18 Kaki Untuk Selamatkan Wanita & Anaknya | Seorang lelaki yang juga pendaki warga tempatan bertindak berani, dilaporkan terjun dari ketinggian 18 kaki (5 meter) untuk menyelamatkan dua beranak yang terjatuh dari jambatan di kawasan Air Terjun Multnomah, Portland semalam.
Menurut laporan Daily Mail, mekanik berusia 33 tahun yang dikenali sebagai Shane Roundy ketika itu sedang menunggu anak perempuannya yang menggunakan tandas awam, sebelum terdengar jeritan dari kawasan air terjun berkenaan.
Roundy kemudian pergi ke kerumunan pengunjung di situ dan diberitahu dua individu terjatuh ke dalam air dari Jambatan Benson setinggi 30 meter yang berada di atas cerukan Air Terjun Multnomah.
“Cerun yang saya lompat setinggi 18 kaki, tapi masa tu saya tak perasan.
“Saya cuma fikir ada orang yang perlukan pertolongan.
“Rasa macam ada yang menggerakkan saya lompat dari pokok tumbang tu.
“Saya lari sepantas yang boleh, lompat dan terjun (ke dalam air).
“Apa yang menakjubkan, saya sama sekali tak terjatuh di mana saya rasa ia akan terjadi pada kebiasaannya,” kata Roundy kepada Daily Mail.
Kerana aksi berani Roundy dengan bantuan beberapa pendaki lain, ibu dan anak yang baru berusia dua tahun itu berjaya diamankan. Si ibu yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka dan abdomen serta keretakan pada kaki. Namun kedua beranak itu ditemui dalam keadaan selamat.
Sumber : SK