Tindakan ‘Rider Foodpanda’ Ini Dapat Pujian Ramai. ADA VIDEOSeorang penunggang motosikal penghantar makanan mendapat pujian selepas videonya membantu seorang penunggang motosikal warga emas dipercayai mengalami kerosakan pada motosikal tular di media sosial.

Tindakan 'Rider Foodpanda' Ini Dapat Pujian Ramai. ADA VIDEO

Menerusi video langsung berdurasi 4 minit 50 saat yang dikongsikan melalui Facebook Jully Yap pada petang semalam, dia menulis “Seorang penunggang motosikal Food Panda melakukan hal yang baik menemani warga emas mengalami kerosakan motosikal, langkah demi langkah untuk diperbaiki”, katanya.

Katanya lagi, “Jika penunggang motosikal ini menangguhkan penghantaran atau pesanan, harap maafkan saya kerana dia telah membuat satu kebaikan yang menyentuh hati”.

Sehingga kini, kiriman tersebut telah menerima 6.2 ribu tanda suka, 7.5 ribu perkongsian dan 135,645 paparan serta pelbagai komen positif.

Rakaman tersebut dipercayai diambil di Kepong Baru, Kuala Lumpur.

Sumber : Inforoadblock, Jully Yap

Share.

Leave A Reply