Netizen Mengucap Panjang Lihat Budak Bermain Belakang Kereta Tengah Bergerak | PETALING JAYA: Warganet meluahkan kebimbangan selepas melihat seorang kanak-kanak lelaki duduk berseorangan di belakang kenderaan pacuan empat roda tanpa pemerhatian daripada orang dewasa.

Video yang tular balam laman media sosial Twitter memaparkan kanak-kanak itu bermain di belakang kereta, memanjat bumbung semasa kereta tersebut berhenti di lampu isyarat dipercayai jalan Sungai Buloh, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan mereka.

Seorang pengguna laman tersebut, BxllaAnxar mempersoal bagaimana ibu bapa kanak-kanak tersebut boleh membenarkan anak mereka duduk di bahagian luar kenderaan yang boleh mendatangkan kemudaratan.

“Aku tak tahu apa dalam fikiran mak bapak budak ni. Dah la tengah hujan. Biarnya budak sorang-sorang dekat belakang kereta terlompat-lompat. Kalau jatuh sia-sia,” ciapannya di laman Twitter.

Menurutnya, terdapat tiga buah kereta lain bertindak menegur pemandu itu namun teguran tersebut tidak diendahkan, malah kereta pasangan keluarga itu terus memandu ke hadapan.

Rata-rata netizen turut meluahkan kebimbangan melihat gelagat kanak-kanak itu dan menyela sikap pasangan ibu bapa tersebut seperti seakan-akan tidak bimbang jika sesuatu yang buruk berlaku kepada anak mereka.

Sumber: Utusan

Share.

Leave A Reply