Isu Makanan RMT. Ini Tindakan Yang Bakal Diambil Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilaporkan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya diberi makan nasi dan kuah di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Isu Makanan RMT. Ini Tindakan Yang Bakal Diambil Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, beliau dimaklumkan mengenai dakwaan terbabit yang tular di media sosial dan sudah mengarahkan siasatan dilakukan.

Menurutnya, malam tadi beliau dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah RMT.

Beliau memandang serius dakwaan itu dan arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terbabit.

Dr Radzi berkata, KPM tidak berkompromi dalam hal yang membabitkan kebajikan murid.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik gambar makanan yang didakwa dibawa pulang cucu saudara dari sekolah.

Menerusi hantaran itu, individu terbabit turut memuat naik gambar bungkusan nasi putih bersama kuah yang diberitahu cucu saudara kepada ibunya bahawa ia makanan RMT.

Menurut hantaran tersebut, “Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak,” tulisnya.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply