Kerajaan Beri Kebenaran Tunai Umrah Bermula 8 Februari Ini | Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri, berkata keputusan itu dibuat berikutan kerajaan tidak berhasrat melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang berkuat kuasa 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron.
Bagaimanapun beliau berkata, garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu susulan penarikan semula penangguhan itu akan dibincangkan secara terperinci termasuk bersama agensi umrah.
Jelasnya, sebentar tadi pihak mereka telah membuat keputusan seperti mana dinyatakan dahulu penangguhan umrah hanya satu bulan sahaja jadi bermula 8 Februari ini agensi pelancongan umrah sudah dibenarkan meneruskan aktiviti umrah dan hal ini telah diputuskan oleh Kabinet, hari ini.
Tambahnya, SOP baharu akan dibincang bersama agensi pelancongan umrah kerana mahu memastikan apabila balik (dari Tanah Suci) nanti mereka (jemaah) dapat memilih di mana mereka ingin dikuarantinkan.
Sebelum ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengumumkan kerajaan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron.
Mengenai penerbangan pertama bagi jemaah umrah bermula 8 Februari ini, Nancy berkata ia masih belum diputuskan.
Beliau berkata, mungkin agensi pelancongan umrah sudah mengetahui kerana pihak mereka juga sudah adakan perjumpaan dengan para agensi pelancongan tidak sampai dua minggu lalu.
Beliau merasakan pihak agensi pelancongan sudah membuat persediaan untuk aktiviti atau promosi mereka selanjutnya.
Sumber: Berita Harian