Sembunyi 40 Minit Dalam Tangki Air, Takut Ditangkap Polis | Lelaki yang mempunyai masalah mental mengamuk sebelum terjun dalam tangki air kerana takut dicekup polis.

Kuala Selangor: Seorang lelaki dipercayai pesakit mental bukan sahaja mengamuk tanpa diketahui punca malah bertindak lari dalam keadaan berbogel sebelum terjun ke tangki air di rumah keluarganya di Kampung Bukit Cherakah, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.12 petang dan sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, didapati seorang lelaki berusia 29 tahun terjun ke dalam tangki air setelah dikejar polis.

“Menurut laporan awal, lelaki itu mengamuk di rumah keluarga sebelum kakaknya menghubungi polis untuk meminta bantuan.

“Bagaimanapun, dia lari dalam keadaan berbogel dan terjun ke tangki air jenis ‘stainless steel’.

“Polis kemudian menghubungi bomba untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norazam berkata, lelaki terbabit dipercayai berada dalam tangki air selama kira-kira 40 minit.

Katanya, pasukan penyelamat kemudian mengambil masa 45 minit untuk mengeluarkan lelaki itu.

“Dia berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis serta pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply