Warga emas dirayu untuk segera mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19.
Ia susulan kumpulan itu berisiko tinggi untuk mati jika tiada perlindungan vaksinasi atau dos penggalak.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, saranan itu sangat penting menjelang Ramadan yang hampir tiba.
Jelasnya, mungkin warga emas ini tidak kemana-mana sekarang. Tapi tiba Ramadan mereka akan beramai-ramai pergi solat tarawih.
Katanya lagi menerusi ciapan di Twitter, elok ‘top-up’ perlindungan mereka dengan dos penggalak, kita ikhtiar dan tawakal kepada ALLAH SWT.
Menerusi hantaran tersebut, Khairy turut berkongsi graf kematian akibat Covid-19.
Data tersebut jelas menunjukkan warga emas berdepan dengan risiko tinggi.
Ujarnya, kematian semalam (Rabu) adalah sebanyak 105 kes, jika anda berumur 60 tahun ke atas, anda perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 lebih teruk sehingga boleh mengakibatkan kematian.
Semalam 105 kematian COVID-19 dilapor. Kapasiti hospital/ICU terkawal. Tapi saya juga mahu kadar kematian terkawal. Graf ini JELAS: Warga emas yang tiada vaksinasi/booster sangat berisiko tinggi mati dari COVID-19. Merayu kepada orang tua anda untuk dapat booster. pic.twitter.com/y7TjVdsvO2
— Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) March 17, 2022
Sumber: Sinar Harian