Pelakon yang terbabit dengan perkongsian video memaparkan adegan drama rantaian yang tular baru-baru ini, dilaporkan akan disiasat.

"Pelakon Dalam Video Kontroversi Bakal Disiasat"- Annuar Musa

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, proses undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dikuatkuasakan terhadap pelakon terbabit kerana kerana menyalahi undang-undang.

Jelasnya, yang pasti adegan seperti dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk ditayang sama ada pada bulan Ramadan atau bulan yang lain.

Tambahnya, maka jagalah nilai dan budaya, melalui satu ciapan di Twitternya , baru-baru ini.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menentang keras penyiaran drama yang dikaitkan dengan penyiaran video itu yang bakal ditayangkan Ramadan ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata berdasarkan penelitian pihaknya, penyiaran program seumpama itu jelas mempamerkan perbuatan dilarang Islam dengan aksi dan adegan tidak bermoral melampaui batas serta bertentangan norma masyarakat dan hukum syarak.

JAKIM menyatakan pendirian dan pandangan mengenai isu terbabit kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) supaya tindakan tegas dapat diambil segera.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply