Remaja Hilang Lepas Solat Subuh, Kini Dijumpai Di Kedah | PETALING JAYA – Susulan tular kisah mengenai seorang remaja lelaki, Muhammad Al Muizz Al Mawardi, 16, yang dilaporkan hilang selepas menunaikan solat subuh di di Masjid Al Muqarrabin, Cheras pada Ahad lalu telah ditemui selamat.
Perkara itu disahkan sendiri oleh bapa remaja berkenaan, Almawardi Mohamad, 41, memaklumkan anaknya telah ditemui dalam keadaan selamat oleh pihak polis sekitar pukul 12 tengah malam tadi di Pokok Sena, Kedah.
Dalam pada itu, Almawardi berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu serta menyiarkan kisah kehilangan anaknya ke semua platform media sosial.
“Terima kasih kepada semua pihak yang dan bantu, anak saya ditemui berkat doa dan bantuan semua orang, banyak media dah bantu siarkan kisah kami. Alhamdulillah,” katanya sendiri kepada Kosmo! sebentar tadi.
Bagaimanapun, Almawardi tidak dapat menceritakan perkara tersebut dengan lebih terperinci kerana masih di bawah siasatan pihak polis.
“Maklumat lain tak boleh didedahkan sebab saya tak nak mengganggu siasatan pihak polis ketika ini, polis masih siasat macam mana anak saya boleh berada di sana, dan segala perincian yang lain,” jelasnya.
Tambahnya, anaknya kini sudah selamat bersama-samanya di rumah.
SUMBER : Kosmo!