Secara hakikatnya, pekerjaan sebagai penghantar makanan merupakan suatu pekerjaan yang tidak mudah untuk dilaksanakan.
Mungkin sesekali habuannya agak cukup lumayan tetapi terpaksa bekerja dengan cuaca hujan panas serta terdedah dengan pelbagai risiko.
Tambahan lagi, mereka perlu melayan karenah pelanggan yang bermacam-macam jenis.
Situasi ini turut terjadi kepada seorang penghantar makanan apabila pelanggannya tersalah meletakkan lokasi ketika membuat pesanan.
Lebih mengecewakan, usaha lelaki itu dengan menghubungi pelanggannya menemui jalan buntu apabila individu itu tidak mengangkat panggilannya.
Akhirnya, penghantar makanan itu berjaya menghantar pesanan tersebut selepas pelanggan itu berjaya dihubungi.
Bagaimanapun, jelas terlihat dia merasa sangat marah dengan kejadian itu.
Malah, pelanggan tersebut telah meminta maaf serta mahu memberikan tips kepadanya namun, lelaki itu tetap naik angin lalu menghayunkan tendangan ke arah sebuah pintu.
Di ruang komen, rata-rata netizen tidak meletakkan kesalahan kepada penghantar makanan itu 100 peratus.
Hal ini kerana, kesalahan meletakkan lokasi akan menyukarkan lagi kerja mereka.
Tetapi, ramai juga netizen yang bertindak menasihati kedua-dua belah pihak agar mengawal emosi dengan lebih baik.
Sumber: Kisah Dunia