Kemelut Puteri Sarah Dan Ira Kazar: Ini Tindakan Tegas Puteri Sarah!

Kemelut Puteri Sarah dan Ira Kazar dengan Samsul Yusof semakin genting. Puteri Sarah failkan saman demi maruahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Kemelut Puteri Sarah dan Ira Kazar semakin genting, isteri kepada pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof bertindak mengeluarkan saman dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor berhubung gangguan dan ugutan yang diterimanya daripada anak kepada pelakon veteran, Kazar.

Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan oleh Puteri Sarah hari ini menyebabkan mahkamah memerintah Ira Kazar untuk berhenti melakukan gangguan kepadanya di mana-mana platform termasuk media sosial.

Puteri Sarah juga mengatakan dia tidak mahu mendiamkan diri lagi setelah sekian lama berhadapan dengan gangguan yang diterima oleh wanita yang didakwa kekasih kepada suaminya.

Dia juga berkata sebelum dia pergi menunaikan umrah dia ada terfikir untuk bertindak tetapi dia memikirkan apa yang akan berlaku kepada rumah tangga dan keluarganya.

Dalam laporan Kosmo!, difahamkan Puteri Sarah diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader, Umi Kartini Abd Latiff dan Siti Natasha Basheer Hassan.

Sumber: LM

Share.

Leave A Reply