Nama penyanyi Elyana menjadi perbualan hangat baru-baru ini selepas dia memuat naik sekeping foto tanpa memakai tudung.

Buat Keputusan Untuk Tidak Berhijab, Ini PENJELASAN Elyana

Meskipun ramai mempersoalkan keputusan yang dibuat Elyana, dia membuat keputusan untuk tidak menjelaskan lebih lanjut.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Elyana memaklumkan bahawa dia telah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan itu dan berharap agar orang ramai mendoakan perkara yang baik buat dirinya.

Saya sudah fikir semasak-masaknya. Inilah saya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan selama ini. Jika anda masih lagi mahu mendoakan saya, saya harap doa yang baik itu berbalik kepada anda.

Baik buruknya, saya yang akan tanggung. Jika anda boleh terima diri saya, Alhamdulillah. Jika tak boleh, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana inilah saya.

Berkenaan dengan kecaman yang diterima, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu mengakui enggan mengambil kisah kerana tiada keperluan untuk dirinya menerangkan kepada golongan itu yang tidak memahami situasi yang dia hadapi.

Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka (netizen) tidak ingin penjelasan daripada saya. Selagi saya menjelaskan, selagi itu macam-macam cerita tidak masuk akal yang akan timbul.

Jadi, demi menjaga tatasusila, jiwa, persekitaran saya, saya mengambil keputusan untuk tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang langsung tidak mahu memahami.

Sumber : Oh Bulan

Share.

Leave A Reply