Mahkamah Majistret di sini, hari ini diberitahu saksi pertama pendakwaan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew ada mencadangkan supaya pengadu wanita (identiti tidak boleh didedahkan) membuat laporan polis di Sabah.

Kes Ebit Lew : Pengadu Takut Nak Buat Laporan Polis Di Tenom, 'Ini' Sebabnya..

Bagaimanapun, Mohd Fairuz Abu yang juga pakar motivasi berkata, keputusan membuat laporan itu di Bukit Aman, Kuala Lumpur adalah pilihan pengadu selepas berbincang dengan suaminya.

“Ia datang daripada pihak pengadu sendiri dan suaminya atas sebab seperti yang saya sebutkan semalam.

“Pengadu memberitahu dia takut membuat laporan polis di Balai Polis Tenom disebabkan ada saudaranya yang bertugas di balai berkenaan.

“Tenom ini sebuah daerah kecil dan ramai orang boleh tahu kalau dia buat ‘report’ (laporan) di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam, Ram Sigh pada sesi pemeriksaan balas di sini, hari ini.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani ditangguh pada 12.30 tengah hari dan disambung semula pada 2.30 petang.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar gambar dan perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply