Resepi Cara Buat Sambal Tomato Ikan Bilis | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Peminat sambal memang kena tambah menu sambal tomato ikan bili ni dalam koleksi menu.Sebab nak buat senang je. Tak perlu susah-susah.Lepas tu nak buat sebagai pencicah ulam, makan dengan lontong atau nasi impit pun boleh. Nak cicah pulut dengan sambal ni pun boleh.

sambal ikan bilis

Resepi sambal tomato ikan bilis ni hasil sumbangan Puan Syahidawati.Terima kasih kepada beliau kerana berkongsi resepi sambal yang sangat sedap makan dengan nasi putih panas.

Tips untuk dapatkan sambal betul-betul menggiurkan :

Untuk pastikan sambal masak, tumis dengan api perlahan dan minyak yang sedikit banyak.Guna je minyak yang goreng ikan bilis tadi.Baru naik aroma dia.Bila sambal dah pecah minyak elok, barulah anda keluarkan minyak ikut tahap mana anda mahu.

Pastikan tutup api sambal dahulu lepas masak lebih kurang 10-15 minit dan barulah masukkan ikan bilis goreng tadi.Ini untuk dapatkan rasa ikan bilis yang rangup dalam sambal.

Bahan Resepi Sambal Tomato Ikan Bilis :

– 1/2 mangkuk ikan bilis ( lebih kurang 2 genggam )
– 1 inci belacan
– Minyak untuk menggoreng.

Bahan di atas ini digoreng terlebih dahulu. Bila dah masak, toskan dan ketepikan seketika.

– 4 biji cili merah dipotong kasar
– 2 biji tomato dipotong 8
– 5 ulas bawang merah kecil
– 3 ulas bawang putih

Anda boleh tumbuk kasar bahan di atas untuk dapatkan rasa sambal yang lagi sedap.Kalau malas, boleh je kisar 70% hancur. Jangan risau kita akan tumis nanti.

– 1/2 sudu makan gula
– 1 inci gula melaka

Cara Penyediaan Resepi Sambal Tomato Ikan Bilis :

1. Tumis bahan yang ditumbuk atau dikisar tadi dengan minyak goreng ikan bilis. Pastikan api sederhana dan tumis hingga pecah minyak. Barulah masukkan belacan dan biarkan pecah minyak lagi.

2. Masukkan gula putih dan gula melaka. Garam tak perlu sebab nanti kita akan masukkan ikan bilis.Tapi kalau anda nak letak, boleh la letak sikit.Ikut selera kan.

3. Bila semua dah sebati, tutup api dahulu lebih kurang 10-15 minit dan baru lah masukkan ikan bilis yang siap digoreng tadi dalam sambal.Cara macam ni akan pastikan kerangupan ikan bilis berkekalan. Baru sedap sambalnya.

Kalau anda nak tambah petai ke, boleh juga tiada masalah. Dah siap dah resepi sambal tomato ikan bilis kita. Memang menggiurkan.Makan pula dengan nasi putih panas.

Selamat mencuba.

Kredit : Puan Syahidawati

Share.

Leave A Reply