Seorang lelaki didapati menghayun kakinya ke muka peniaga perempuan di sebuah kedai di Berjaya Time Square. Kejadian terbabit yang telah berlaku semalam telah menaikkan kemarahan netizen dan menggelar lelaki tersebut dayus kerana bertindak sedemikian.
Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Berjaya Time Square, mereka pastinya tahu bahawa sesetengah kedai dalam pusat beli belah itu mengamalkan polisi iaitu tidak membenarkan pelanggan untuk mencuba pakaian.
Susulan itu, terbaharu kini, tular satu rakaman yang memaparkan beberapa individu yang dipercayai ‘naik angin’. Hal ini kerana lelaki tersebut tidak dibenarkan untuk mencuba pakaian ketika berada di pusat beli-belah yang terkenal di ibu negara itu.
‘Customer nak try baju tapi peniaga tak bagi try. Lepas tu jadi macam ni” tulis pengendali akaun Twitter @MalaysiaViral yang telah berkongsi rakaman video kejadian itu berlaku.
customer nk try baju tapi peniaga tak bagi try… Pastu jadi macam ni… pic.twitter.com/njOOJIl3s1
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) November 6, 2022
Di samping itu, video yang berdurasi lebih seminit itu telah memaparkan seorang peniaga yang meninggikan suara ke arah seorang pelanggan lelaki dan wanita.
Di dalam video tersebut, seorang pelanggan wanita yang bertudung juga kedengaran turut meninggikan suara ke arah peniaga berkenaan.
Selain itu, paling mencuri perhatian netizen tentunya aksi daripada pelanggan lelaki yang berbaju biru yang dilihat telah ‘menghayun’ kakinya tinggi sehingga hampir mengenai wajah peniaga pakaian berkenaan.
Di bawah disertai juga komen-komen netizen daripada Twitter yang mengkritik perbuatan lelaki dan wanita tersebut.
Selain daripada itu, peniaga perempuan itu turut menggugut untuk memanggil pengawal keselamatan setelah menerima provokasi daripada pelanggan tersebut.
“Kurang ajar kau, nanti aku panggil security. Kalau lelaki berani (kasar) sama perenpuam, memang dasar dayus!” kata peniaga wanita terbabit.
“Panggil, panggil, panggil…” jerkah pelanggan lelaki berbaju biru itu selepas telah diancam oleh peniaga wanita terbabit untuk memanggil pengawal keselamatan.
Susulan itu, beberapa pelanggan yang turut berada di sekitar kedai tersebut sempat menyaksikan dan merakam video pertelingkahan berkenaan berlaku.
“Laki tu over sampai nak terajang dah kenapa? Pakaian pun murah, ada hati nak berlagak.” kata salah seorang daripada netizen yang melihat video tersebut.
Di penghujung video, peniaga wanita tersebut turut menggelar pelanggan lelaki tersebut sebagai lelaki dayus.
Selepas itu, pelanggan berkenaan kemudiannya dilihat berlalu keluar daripada premis berkenaan.
Selain Twitter, video pergaduhan antara peniaga dan pelanggan tersebut turut ditularkan ke laman Facebook.
Sumber : Mstar