PETALING JAYA – Wanita meminta bantuan orang awam yang memiliki maklumat berkenaan kes langgar lari di Lebuh Raya Persekutuan untuk tampil membantu mengesan pemandu Perodua Axia yang merempuhnya.
Menurut perkongsian dimuat naik oleh Shannon Lee di media sosial, kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran laluan keluar kawasan bebas di lebuh raya berkenaan.
“Insiden langgar lari yang berlaku pada jam 1:33 pagi tadi melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dipercayai akibat pemandu berlumba dan menukar lorong sekali gus menyebabkan cermin sisi kereta mengalami kerosakan teruk.
“Malangnya, saya tidak sempat melihat nombor plat kenderaan tersebut. Jika ada sesiapa berada di lokasi kejadian ketika itu dan mencari Proton Saga berwarna perak, sila hubungi saya,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Di ruangan komen, hantaran video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
“Axia, adik kepada King (Myvi) buat hal lagi. Sila buat laporan polis segera dan semoga ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya dapat menangkap nombor plat kereta tersebut,” komen pengguna, Luminary My.
“Sayang betul tidak dapat nombor plat kenderaan itu. Jika tidak, pasti boleh membuat laporan polis dengan alasan langgar lari dan memandu dengan laju,” tulis John Son pula.
Sumber: Kosmo
Baca Juga: Lima Sekeluarga Nyaris M4ut, Pemandu Hilux Hilangkan Diri Slps Langgar Lari
Lima sekeluarga cedera apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai memecut laju gara-gara mengelak lampu isyarat merah di persimpangan berhampiran Kompleks Sukan Pandamaran.
Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Jariaa Abdul Razak, 50, parah apabila patah kaki kiri manakala empat lagi iaitu suaminya, Mohd. Affendy Abd. Aziz, 59, dan tiga anak mereka masing-masing Adreen, 28, Arisha, 26 dan Adam,22, hanya cedera ringan.
Kelima-lima mereka dikatakan baharu pulang dari sebuah kenduri di kawasan berhampiran.
Kosmo! difahamkan pemandu Toyota Hilux dikatakan memandu laju bagi mengelak untuk berhenti dari isyarat lampu merah sehingga bertembung dengan kereta mangsa yang ketika itu lampu isyarat laluan mereka sudah hijau.
Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, seramai enam termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.09 petang.
Katanya, pasukan bomba yang tiba empat minit kemudiannya mendapati dua mangsa tersepit di tempat duduk penumpang belakang kereta jenis Proton Prima itu.
Tiga lagi mangsa keluar sendiri sebelum kehadiran bomba.
“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pihak bomba menggunakan peralatan dan semua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk rawatan lanjut.
“Manakala pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipercayai menghilangkan diri,” katanya dalam kenyataan semalam.
Sumber: KMN