Seorang lelaki warga emas ditemukan maut dalam kebakaran deretan enam rumah di Bagan Ikan di sini pada Isnin.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Ong Chok Seng, 83, ditemukan rentung manakala cucunya, wanita berusia 24 tahun mengalami kecederaan di lutut dipercayai terjatuh ketika menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Asmahisham Ab Aziz berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 pagi.

“Setibanya di lokasi, api marak membakar enam rumah kelas C dan pasukan dimaklumkan terdapat seorang mangsa terperangkap dalam rumah berkenaan.

“Anggota bomba kemudiannya bertindak melakukan pemadaman bagi mengawal api dari terus merebak ke rumah bersebelahan sekali gus berusaha menyelamatkan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini.

Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran enam rumah di Bagan Ikan, Bagan Datuk pada Isnin. - Foto ihsan Bomba Perak

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemukan mangsa terbaring dalam sebuah bilik di rumah kedua terbabit.

“Keenam-enam rumah yang dihuni 25 orang itu musnah 90 peratus. Kejadian ini turut memusnahkan kereta jenis Toyota Altis dan Perodua Kancil serta sebuah motosikal.

“Operasi mengambil masa hampir tujuh jam sebelum ditamatkan pada jam 1.21 petang,” katanya.

Asmahisham berkata, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.Jelasnya, operasi terbabit melibatkan 35 pegawai dan anggota bomba termasuk bantuan daripada BBP Teluk Intan, Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba dan Pasukan Bomba Sukarela Bagan Datuk dan Bagan Sungai Tiang.
Sumber : SH

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

(VIDEO) Kedai Kasut Jenama Popular Di Seri Kembangan Musnah Terbakar

Sebuah kedai kasut jenama popular musnah dalam kebakaran di pusat beli-belah di sini, pagi Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.39 pagi dan tiba beberapa minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai kasut di tingkat satu di dalam pusat beli-belah itu, yang terbakar 100 peratus.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 33 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Bangi, Bandar Tun Hussein Onn dan Kajang terlibat dalam operasi pemadaman itu.

Sumber : KMN

 

Share.

Leave A Reply