Mayat bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan ditemukan di perkarangan sebuah masjid di Jemapoh, Juasseh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mayat bayi yang ditemui kira-kira 4.30 petang itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam.

“Polis menerima maklumat daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat bayi yang dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg berwarna kuning dalam keadaan tidak sedarkan diri.

May be an image of tree and outdoors

“Polis segera ke lokasi bagi melakukan siasatan dan pasukan perubatan mengesahkan bayi berkenaan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

May be an image of text

Katanya, siasatan terperinci sedang dijalankan berhubung kes itu.

Justeru Amran berkata, polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi hotline IPD di talian 06-4842999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber : HM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Ibu Tergamak Buang Bayi Masih Bertali Pusat

Bayi berusia kira-kira seminggu seberat dua kilogram dan masih bertali pusat ditemukan seorang lelaki di luar rumahnya di Kondo Rakyat, Kuala Ibai, di sini, petang semalam.

Ahmad Fauzi Sulaiman, 28, berkata, dia baru pulang dari kerja kira-kira 6 petang sebelum terdengar bayi menangis, namun mulanya dia tidak mengendahkan kerana menyangka suara anak jiran.

“Bagaimanapun, tangisan itu semakin kuat dan isteri (Nur Azlin Rosli, 28) meminta saya melihat di luar rumah kerana bunyi suara itu sangat dekat.

“Sebaik keluar, saya melihat bayi itu berada di bawah kerusi dalam keadaan kesejukan dan membawa bayi berkenaan masuk ke rumah sebelum ibu mentua (Nor Shasikim Endut, 50) menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ahmad Fauzi menunjukkan lokasi bayi ditemui di Perumahan Kondo Rakyat Kuala Ibai di Kuala Terengganu. Gambar kecil: Bayi lelaki yang ditemui pada petang Ahad.

Bapa saudara Ahmad Fauzi, Mohd Shaharuddin Endut, 57, berkata, dia tidak pasti bila bayi terbabit diletakkan di kawasan berkenaan.

Katanya, penduduk juga mendakwa tidak menyedari kehadiran individu membawa bayi berkenaan di tepi rumah anak saudaranya kerana laluan berkenaan kurang dilalui penduduk.

Bayi terbabit kemudian diserahkan kepada polis untuk urusan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis terdekat,” katanya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply