Berang selepas mengesyaki ahli keluarga melaporkan penglibatannya dalam aktiviti dadah, seorang lelaki bertindak membakar rumah keluarganya di Skim Penempatan Semula Kampung Sungai Alo di sini semalam.

May be an image of outdoors

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias dalam kenyataan berkata, kejadian kira-kira 7.40 malam itu menyebabkan 12 penghuni termasuk suspek telah kehilangan tempat tinggal.

May be an image of fire and outdoors

“Suspek yang merupakan penganggur berusia 30 tahun dikatakan memulakan kebakaran itu di bahagian belakang rumah tersebut. Pada lebih kurang 7.40 malam pemilik rumah yang juga abang kepada suspek telah terdengar suspek memanggil keluar ahli keluarganya untuk keluar memadamkan api.

May be an image of fire

“Apabila mangsa dan semua ahli keluarga keluar dari rumah, mereka mendapati bahagian belakang rumah telah terbakar dan api sedang merebak. Kesemua mereka dapat menyelamatkan diri tetapi tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang peribadi di dalam rumah tersebut,” katanya.

Suspek yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah kemudiannya ditahan oleh ahli keluarganya dan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

May be an image of fire and outdoors

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Mukah berjaya memadamkan api namun rumah tersebut musnah keseluruhannya.

Suspek yang mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata kini direman untuk siasatan lanjut.

May be an image of fire and outdoors

May be an image of 1 person, fire and outdoors

Sumber : SH

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Kegiatan Pengedar Ketum Terbongkar Slps Kereta Digunakan Terbakar.

| SIK – Pemandu sebuah kenderaan yang terlibat kemalangan di Jalan Kampung Tala di sini dipercayai melarikan diri meninggalkan bungkusan dipenuhi daun ketum berikutan kenderaan itu terbakar selepas terbabas, kira-kira jam 6 pagi Rabu.

Kejadian telah menyebabkan kegiatan pengedaran ketum terbongkar dan kenderaan terbabit disyaki digunakan untuk tujuan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan itu terbabas apabila sampai di selekoh dari arah Empangan Jajar ke arah Kampung Tala.

Menurutnya, akibat kemalangan, kereta terbabit terbakar namun api berjaya dipadam pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sik yang tiba selepas menerima panggilan kecemasan.

“Hasil pemeriksaan di bahagian ruang belakang kereta telah menjumpai beg plastik yang terbakar di mana di dalamnya berisi daun ketum.

“Siasatan polis turut mendapati pemandu kenderaan terbabit melarikan diri sebaik kebakaran berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdull Razak berkata, pihaknya menantikan laporan daripada Unit Forensik Bomba dan Polis bagi mengetahui punca kejadian.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mengesan pemilik kenderaan terbabit menerusi nombor pendaftaran.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1969 (Rule 10 LN 166/59.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply