Petaling Jaya – Cubaan seorang kanak-kanak melarikan diri dari sekolah pada hari pertama sesi persekolahan kelmarin mencuit hati orang ramai.

Menerusi rakaman yang dikongsi @Tiney_eny semalam memperoleh 100,000 tanda suka dan rata-rata ramai kagum dengan kelincahan kanak-kanak terbabit.

Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak terbabit cuba meloloskan diri dengan cara menyelinap melalui lubang pagar sebelum ditangkap pengawal keselamatan sekolah.

@_tineyeny

#haripertamasekolah #backtoschool #fyp #fypシ

♬ Ngopi Maszeh – Happy Asmara

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan bertindak bijak dengan menyidai dahulu tudung yang dipakainya di pagar sebelum melarikan diri.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai berkenaan video tular itu.

“Kesian dia mungkin tidak bersedia lagi untuk ke sekolah. Untuk para ibu, setahun sebelum anak sekolah, biasakan dia bergaul dengan kawan-kawan dan banyakkan aktiviti bersama rakan sebaya,” komen Nad.

“Aduh, jangan lari adik. Dekat luar sana banyak penjahat. Peranan pengawal keselamatan sangat besar,” kata Christ Ucan.

“Kita sama adik bezanya saya tidak kantoi tapi bapa jumpa tepi jalan masa dia nak beli nasi lemak” ujar Danishboiiiii.

Dalam pada itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Norsahila Hashim menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pada awalnya anaknya itu ditemani oleh bapanya dari rumah sehinggalah ke kelas.

Namun, menurut wanita itu, anaknya mula melarikan diri dari sekolah sehingga berani memanjat pagar selepas menyedari ayahnya sudah pulang.

Sumber: Kosmo

Baca Juga: Budak Darjah 6 Ponteng Sekolah Demi Jual Cendawan. Puncanya Bikin SEBAK

Perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rosmalina Roslan, menceritakan kisah sedih seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Budak Darjah 6 Ponteng Sekolah Demi Jual Cendawan. Puncanya Bikin SEBAK

Dia yang membantu ayahnya menjual cendawan demi kelangsungan hidup mengundang sebak wargamaya.

Menurut wanita ini, kanak-kanak itu datang ke rumahnya bagi menjual cendawan tiram.

Malah, pada mulanya dia akui tidak terdetik untuk membeli barangan tersebut.

Bagaimanapun, kanak-kanak ini seolah-olah tidak berputus asa dan memberikan salam dengan harapan cendawan yang dibawanya akan dibeli.

“Saya buka pagar dan tengok air muka, Ya Allah. Kesiannya tanya dah makan belum, katanya belum.

“Saya tanya nak makan tak? Dia kata nak, saya pelawa masuk dan ajak makan kuetiau goreng (masak untuk sarapan pagi tadi). Alhamdulillah habis.

“Saya sempat tanya dia masa makan. Tinggal mana? Ayah dan mak ada tak? Ayah kerja apa? Sekolah ke tak?” kata wanita itu.

Budak Darjah 6 Ponteng Sekolah Demi Jual Cendawan. Puncanya Bikin SEBAK

Susulan diajukan soalan itu, kanak-kanak ini menceritakan dia tinggal di Cahaya Baru, Johor dan bapanya bekerja di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Dia yang masih bersekolah darjah 6 memberitahu terpaksa ponteng sekolah demi mencari rezeki.

Apabila ditanya tentang ibu, kanak-kanak ini memberitahu ibunya menetap di Pahang dan hanya akan balik seminggu sekali.

“Adik-adik pun ada lagi, seorang darjah 5 jual cendawan juga tapi kawasan lain. Dia sekolah lagi, darjah 6.

“Allahuakbar umur lebih kurang anak saya je ni, tapi dah berkorban tolong keluarga,” kata wanita itu.

Menurutnya, mungkin Allah sedang menguji keluarga ini, tapi dalam tak sedar Allah turut mengujinya.

Katanya lagi, kadang Allah mahu menguji kita melalui orang lain.

Budak Darjah 6 Ponteng Sekolah Demi Jual Cendawan. Puncanya Bikin SEBAK

Dalam pada itu, wanita ini turut mendoakan supaya kanak-kanak ini terus dimurahkan rezeki serta meminta orang ramai untuk membeli cendawan yang dijual.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply