13 Tempat Makan Best Seafood Di Kuala Selangor | Kuala selangor adalah sebuah mukim yang terletak di negeri Selangor. Bandar ini adalah sebuah bandar bersejarah yang menjadi tarikan perlancongan. Di sebelah jeti Kuala Selangor juga terdapat beberapa restoran makanan laut dan produk makanan seperti ikan kering dan pelbagai lagi produk dari laut.

Selain terdapat banyak tempat sejarah yang sering dikunjungi pelancong, di Kuala Selangor juga terdapat tempat makan yang best dan menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negeri. Tapi dimana tempat makan yang best yang ada di kuala selangor? Berikut adalah senarai beberapa tempat makan yang popular di Kuala Selangor.

 

1. RIVER VIEW SEAFOOD RESTAURANT – SEAFOOD

Nikmati makanan sambil dihidangkan dengan pemandangan indah dari  tasik memang sesuatu yang paling menarik perhatian ramai. Restoran makanan laut di tanjung karang ini mendapat rating yang tinggi dengan komen yang kebanyakkan berpuas hati dengan layanan dan masakan di sini. Harga di sini juga murah.

Antara menu menu yang popular di sini ialah butter prawn, oyster omellette, kepah masak pedas, sotong goreng tepung, salted egg squid, kerang stim, lala stim, sup fishballs, lala masak kam heong dan banyak lagi.

Lokasi ini di No1, Jalan Besar, Pasir Penambang, , Kuala Selangor, Malaysia Waktu operasi pada setiap hari kecuali isnin dan selasa pada pukul 11.00 pagi hingga 8.00 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel:03-3289 2238

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/riverviewseafoodrestaurant

 

2. EXTRA FOODINARY KUALA SELANGOR – SEAFOOD

Kalau nak tahu Extra Foodinary Kuala Selangor adalah sebuah restoran yang menyediakan masakan seafood ala chinese yang popular di sini. Restoran ini juga mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen memberi maklum balas yang positif tentang layanan dan masakan di sini.

Antara menu menu yang ada disini ialah tomyam seafood dan tomyam campur, ikan siakap 3 rasa, ketam masak pedas, ikan masak stim, udang masak pedas, aneka masakan panas dan pelbagai pilihan menu makanan laut lagi seperti udang, ketam, lala, kerang dan banyak lagi.

Lokasi ini di77, Jalan Laksamana 3, Taman Laksamana, 45000 Kuala Selangor, Selangor. Waktu operasi pada setiap hari kecuali selasa pada pukul 4.30 petang hingga 10.15 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 019-298 1505

FACEBOOK PAGE: Extra Foodinary

 

3. KELIP-KELIP IKAN BAKAR – SEAFOOD

Restoran ini adalah sebuah restoran makanan laut yang baru dibuka di kuala selangor. Walaupun masih baru tapi kunjungan pelanggan yang diterima di sini adalah sangat memuaskan. Restoran ini menyediakan makanan seperti masakan ala thai, chinese dan melayu. Rating di restoran ini juga agak tinggi dan kebanyakkan ulasan memberikan komen yang positif. Harga di sini juga murah.

Antara menu menu yang ada di sini ialah seperti siakap stim limau, siakap bakar, tomyam poktek, kerabu maggi seafood, udang galah, ketam masak pedas, set nasi berlauk, masakan panas dan bergoreng dan banyak lagi.

Lokasi ini di No 22A JALAN MEDAN NIAGA 5, MEDAN NIAGA , Kuala Selangor, Malaysia Waktu operasi pada setiap hari kecuali selasa pada pukul 3.00 petang sehingga 10.00 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 019-266 3569

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100088100178842

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Kuala Selangor ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply