13 Tempat Makan Best Sarapan Di Ampang, Selangor | Ampang, Kuala Lumpur, boleh dianggap sebagai salah satu bandar yang sentiasa hidup, sama ada di waktu malam atau siang. Di sekitar bandar ini, pasti terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh kita nikmati, sama ada secara percuma atau dengan bayaran. Di sini, terdapat banyak juga port makan yang best-best yang boleh korang kunjung sekiranya korang merancang untuk datang ke sini.
Tak tahu nak makan dan cari kedai untuk sarapan di Ampang? Di bawah merupakan 13 tempat makan best untuk anda sarapan di Ampang, Selangor yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan sarapan yang pelbagai, direka khas untuk memuaskan selera anda.
1. TGSK KUALA LUMPUR – SARAPAN
Tempe Goreng dan Sambal Kicap terbaik di bandar ini! Mereka juga menyajikan Tauhu Bergedil dan pelbagai Lempeng Sambal Bilis untuk yang nak sarapan makanan ringan, serta hidangan tradisional autentik tempatan dari Johor & Terengganu.
Menu-menu terbaru yang sangat popular dan digemari pengunjung yang datang Nasi Dagang Terengganu, Laksam, Laksa Johor, Lontong Darat, Soto Ayam Johor, Pulut Kuning & Rendang, dan Pulut Pagi Ikan Rebus Goreng. Korang wajib datang beramai-ramai ke kedai sarapan viral ni!
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Bukit Indah Utama, Taman Ampang Indah, 68000 Ampang, Selangor . Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 011-5414 5044 atau anda boleh terus email di [email protected].
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/tgsk.kl/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/tgsk.kl/
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@tgsk.kl
2. KEDAI KOPI BINJAI NASI MALAYA – SARAPAN
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 34 Jalan Belakang Risda, off, Jalan Ampang Kiri, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 11 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 012-481 5350.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kedaikopibinjaii/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kedaikopibinjai/
3. MAK JAH CORNER – SARAPAN
Makjah Corner ini merupakan kedai sarapan pagi yang telah lama beroperasi di medan selera Ampang ini. Banyak jenis kuih tradisional yang boleh anda pilih. Kuih ini dibuat dengan bahan-bahan penuh dan rasanya sama seperti yang nenek moyang kita dulu buat!
Nasi lemak mereka juga sangat sedap terutamanya ‘sambal sotong’, sangat mengancam. Roti canai juga sangat lembut dan sedap. Daging rendang di sini mempunyai rasa yang paling autentik yang pernah anda dapatkan. Tempat ini agak sesak terutamanya pada hujung minggu. Mereka juga ada makanan bungkus seperti laksam, soto, mee goreng, dan sebagainya. Pastikan anda datang untuk menikmati hidangan mereka yang sangat lazat dan dapat membuat korang terliur.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di No 9, Laman Selera MPAJ, Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7.30 pagi sehingga 5.30 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 012-223 4423.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/makjahcafeampangjaya/?locale=ms_MY
4. KOPITIAM 143 – SARAPAN
Kopitiam 143 ini juga merupakan salah satu port breakfast yang sangat viral di media sosial sekarang. Sekiranya anda datang anda perlu mengambil nombor dan menunggu giliran anda. Perkhidmatannya cepat, tetapi masa menunggu agak lama kerana orang ramai.
Antara menu popular di sini yang boleh anda cuba ialah Roti Bakar Arang, Roti Bun Kukus, Mee Wantan, Mee Sup Chinese Style, Nasi Lemak Daun Pisang dan korang juga wajib cuba diorang punya signature kopi iaitu kopi 143. Sangat sedap dan kopinya pekat. Sesuai untuk penggemar kopi.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 2, Lrg Enggang 23, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa dan Rabu pada pukul 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 018-299 4230.
Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Ampang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !