3 Tempat Makan Tengahari Best di Kampung Pandan, KL|Bila sudah masuk tengahari mula dah perut rasa keroncong nak makan. Tapi bila perut dah rasa koroncong kita ni pula belum tahu lagi nak makan apa dan berfikir di mana lokasi yang best untuk menikmati makan tengahari kan? Kalau anda yang berada di sekitar bandaraya moden Kuala Lumpur ni, jangalah risau ya. KL ni banyak betul restoren yang menghidangkan banyak menu yang best dan menarik untuk makan tengahari.

Kami ni cuba membantu anda untuk memilih lokasi 3 tempat makan tengahari best di Kampung Pandan, KL ni, harapnya anda semua dapatlah merajinkan diri tu untuk membaca pengalaman kami yang telah mencuba menikmati hidangan makan tengahari best yang kami senaraikan untuk anda di bawah ni ya.

 

1. Asam Pedas Sejati Melaka

Asam Pedas Sejati Melaka adalah sebuah restoren yang menjadi kunjungan ramai yang suka makan asam pedas. Untuk menikmati asam pedas yang sedap dan rasanya padu, anda tak perlu pergi jauh jauh ke Melaka tu. Sebab di lokasi Kampung Pandan ni pon ada jer restoren yang hidangkan menu asam pedas.

Asam Pedas Sejati Melaka menjadi kunjungan ramai kerana pelanggan boleh memilih sendiri ikan yang hendak dimakan dan seterusnya pekerja mereka akan bantu masakan untuk anda pada masa itu juga. Asam Pedas Sejati Melaka ni juga mereka sertakan dengan banyak jenis ulam ulaman, telur masin dan nasi. Memang sedap habis lah kan makan panas panas.

Korang dah tengok gambar gambar Asam Pedas Sejati Melaka ni terliur tak? Cuba lah nanti pergi kesini bersama keluarga atau rakan rakan untuk menikmati asam pedas mereka. Memang sedap dan favourite la!

Kepada anda yang berminat untuk mencuba makan tengah hari best di Kampung Pandan, KL ini alamatnya : 49, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur, Selangor. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi  012-918 0462.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/Asam-Pedas-SejatiMelakaKg-Pandan/128108130656392

 

2. Restoren Kampung Pandan Kari Kepala Ikan

Restoren yang menarik perhatian kami ialah Kampung Pandan Kari Kepala Ikan. Kari kepala ikan kami pasti ianya menjadi menu kesukaan rakyat Malaysia yang menggemari seperti ni. Tapi, untuk mendapatkan restoren yang menghidangkan masakan mereka yang sedap agak sukar lah nak jumpanya. Tapi Kampung Pandan Kari Kepala Ikan ini menyediakan masakan mereka yang sangat sedap dan popular dengan keistimewaan masakan mereka ni. Bila rasanya sudah sedap, pastinya menjadi pilihan ramai kan.

Kami tahu tidak banyak yang mampu menyediakan masakan kari kepala ikan yang sedap. Tapi di Kampung Pandan Kari Kepala Ikan ni betul betul sedap dan tidak dapat dinafikan begitu ramai pengunjug yang datang merasai masakan kari kepala ikan mereka. Soal harga, anda tak perlu risau ia mampu dinikmati oleh semua orang. Hehe. Yang penting sedap dan berbaloi. Jadi, jom kita tengok gambar gambar masakan mereka ni. Semoga gambar gambar di bawah ni dapat membuatkan anda semua terliur ya! hi hi hi.

Rasa lapar da kan tengok masakan kari kepala ikan mereka. perghhh memang menarik sungguh lah kari kepala ikan mereka ni. rasa sangat lapar dah perut ni.

Jadi kepada anda yang tidak sabar untuk mencuba masakan kari kepala ikan mereka ini, anda boleh pergi ke lokasi yang telah kami sediakan untuk anda semua. Selamat mmncuba ya !

Alamat: Lot 149, Jalan Thaver, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi: 03-9284 5837

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rkpandan/

 

3. Restoren Asama Tomyam Pecal Lele

Jika Asam Pedas Sejati Melaka dan Kampung Pandan Kari Kepala Ikan ini tidak dapat memenuhi selera tekak anda, kami cuba hidangkan kepada anda Asama Tomyam Pecal Lele. Anda yang suka masakan yang rasanya seperti masakan negara jiran, disini lah pilihannya. Asama Tomyam Pecal Lele menghidangkan banyak menu masakan mereka yang sangat menarik dan sedap antaranya ialah pecal keli, pecal ayam, pecal puyuh, pecal kembog, pecal sayur, pedal goreng dan tempe goreng. Wahhh! Sungguh banyak menu mereka ni dan pastinya semua best best menu mereka.

Mereka kerap dikunjugi ramai. Keadaan kedai mereka yang semakin luas dan bersih, anda semua tidak perlu risau untuk cuba menikmati tengah hari mereka di sana. Harga juga sangat lah berbaloi.

Menarik kan menu masakan mereka ni. Anda patut cuba ke lokasi ni untuk menikmati makan tengah hari best di Kampung Pandan, KL. Masakan mereka yang tidak akan mengecewakan anda semua.

Kepada anda yang berminat nak ke lokasi tersebut, ini adalah alamatnya: 97, Jalan Kampung Pandan, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi di no 010 2980108 atau 019 3015968.

FACEBOOK PAGE: https://m.facebook.com/pages/Asama-Tomyam-Pecel-Lele-Desa-Pandan/231423863587730

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Alor Setar Kedah ini. Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Share.

Leave A Reply