3 Tempat Makan Tengahari Best di Seberang Jaya, Penang | Tengahari rembang macam ni memang dah kalut cari handphone nak google tempat makan best kan? Rasa lapaq dia tu lain macam sikit. Orang Seberang Jaya selalu makan tengahari hampa makan kat mana?
Asyik-asyik kedai sama ja, naik jemu dah. Ni ha nak bagitau tempat makan tengahari best dekat Seberang Jaya. Saja nak bagi hampa kecur liur tengok menu-menu dia.
1. De’ Pauh Garden
De’Pauh Garden ni sangat terkenal di kalangan pelajar-pelajar Politeknik Seberang Perai (PSP) sebabnya dekat sangat dah dengan IPTA depa. De Pauh Garden ni menyediakan pilihan makanan yang banyak iaitu merangkumi masakan Melayu, Barat, Thai dan juga Indonesia. Memang sesuai la dijadikan tempat makan best untuk hampa makan tengahari.
Setiap kali pi mesti rasa nak cuba menu yang berlainan, sebab banyak sangat pilihan menu. Antara menunya ialah Set Nasi Ikan Bawal, Set Nasi Ayam Kampung, Ikan Bakar, Ikan Masak Pedas, Sotong Goreng Tepung dan pelbagai lagi lah. De’ Pauh juga menyediakan kemudahan seperti tempat meletak kereta termasuk untuk golongan OKU, ruang rehat, surau dan tandas.
Banyak kan menu dia? Mesti rasa macam nak makan semua tu sekali gus. Semua sedap-sedap. Kalau hampa nak pi, ni alamat dia PT 1618, Mukim 6, Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang. Boleh juga hubungi di talian 014-519 1618.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/depauhgardenofficial/?ref=br_rs
2. Restoran Anggerik Desa
Untuk sesiapa yang suka masakan dari Pantai Timur terutamanya negeri Terengganu dan Kelantan, boleh la pi dekat Restoran Anggerik Desa. Menu Restoran Anggerik Desa ini adalah gabungan masakan Pantai Timur dan Thailand. Antaranya ialah Nasi dagang, nasi kerabu, nasi campur, budu, ulam-ulaman,gulai dan pelbagai pilihan lauk pauk untuk makan tengahari.
Bagi sesiapa yang nak cuba masakan Pantai Timur di sini pon boleh singgah mai makan. Ada menu sampingan seperti kuih-muih dan pulut mangga. Ruangan makan yang selesa, mesra keluarga dan kawasan parking kereta yang luas.
Tunggu apa lagi, sambaq kunci keta lekaih, mai makan tang ni. Ni alamat dia 12, Jalan Todak 4, Seberang Jaya, 13700 Perai. No. telefon depa 04-3700097.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/Anggerik-Desa-Restoran/204372026273080?ref=br_rsAl-
3. Al Araby Mathaam
Restoran masakan Timur Tengah yang menarik ramai pelanggan dari segi latar belakang budaya yang berbeza. Masuk ja dalam restoran ni dah boleh rasa suasana duduk dekat arab dengan hiasan-hiasan di dindingnya. Al-Araby Mathaam ni ada menyediakan tempat duduk bersila dengan coffee table dan meja biasa. Makanannya sedap dan harganya pula berpatutan.
Restoran ni dia menghidangkan makanan di dalam talam,sesuai untuk yang datang bersama keluarga. Dalam satu talam tu ada nasi mendy,empat ketul kambing, empat mangkuk kuah kari, salad dan sambal. Saiznya agak besar. Disertakan juga dengan pencuci mulut iaitu aiskrim.
Restoran ini luas dengan suasana yang cukup selesa untuk makan berkumpulan atau bersama sama ahli keluarga. Jadi, tunggu apa lagi, ajak la bini dengan anak-anak mai rasa. Jangan kenyang sorang-sorang. Ni alamat dia 2762, Persiaran Sembilang, G3 – G4, Tesco Extra Seberang Jaya, 13700 Seberang Jaya (dalam tesco). Kalau nak telefon pon boleh 013-500 0900.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ArabyMathaamTescoExtra/?ref=br_rs
Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best di Seberang Jaya,Penang ini? Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.