13 Tempat Makan Best Sarapan Di Kluang, Johor | Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu ‘keluang’, yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu.
Datang ke Kluang tak tahu nak sarapan pagi kat mana? Usah pening kerana kami akan bantu anda pilih beberapa kedai yang best. Di bawah kami senaraikan 13 tempat makan best untuk anda sarapan pagi yang boleh anda singgah kalau anda melawat Kluang, Johor.
1. WARUNG LONTONG DARAT KLUANG – SARAPAN
Warung ini famous dengan lontong darat yang sedap. Lontong darat merupakan menu yang terkenal di Kluang, Johor. Rata-rata kedai sarapan pagi di Kluang mempunyai menu sarapan pagi lontong ini. Terdapat menu lain juga dekat sini seperti nasi lemak aneka lauk, mee rebus, mee kuah, mee bandung, kuih-muih dan pelbagai lagi.
Harga makanan mereka juga murah dan rata-rata pengunjung memberi kome yang memuaskan. Bolehlah datang ajak keluarga dan kawan korang datang sarapan pagi kat warung ini.
Berminat ingin berkunjung ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di 11, Jalan Mohd Salim, Kampung Melayu, 86000 Kluang, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 5 petang. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-755 2132.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100083296544284&locale=ms_MY
2. GERAI LONTONG PAK KASSIM – SARAPAN
Ini juga merupakan salah satu gerai yang menjual menu sarapan pagi lontong yang famous kat Kluang, Johor. Gerai ini diusahakan oleh Pak Kassim sejak zaman dahulu lagi. Gerai ini merupakan gerai legend menjual lontong.
Mereka menyediakan menu sarapan pagi seperti lontong darat, lontong kuah lemak, nasi lemak, mee goreng, kuey teow goreng, bihun sup, mee kicap dan banyak lagi. Harga juga sangat murah dan berbaloi untuk korang yang nak save duit tu.
Merancang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di 8, Jalan Dato Sulaiman Mohd Noor, Taman Kluang Baru, 86000 Kluang, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 6.30 pagi sehingga 10.30 pagi.
3. LONTONG GORENG MELETOP – SARAPAN
Kalau dah bosan asyik makan lontong dekat kedai breakfast yang sama je, korang boleh cuba lontong dekat kedai ini pulak. Kedai ni famous jugak dengan lontong mereka terutamanya lontong goreng mereka. Lontong goreng merupakan menu special mereka kat sini. Rata-rata pengunjung yang datang pasti akan mencuba menu lontong goreng ini.
Mereka juga ada menyediakan menu lain seperti lonotng darat, lontong biasa, nasi lemak, soto nasi dan bihun, mee goreng, bihun goreng, roti canai dan banyak lagi. Kedai mereka juga sangat selesa dan tenang. Parking yang luas dan mudah. Korang kalau ada masa free bolehlah datang cuba breakfast kat sini.
Berminat ingin datang ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di Kedai, No 3, Jln Cantik, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad pada pukul 7 pagi sehingga 11 pagi. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 018-399 8166.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/LontongGorengMeletop/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat sarapan terbaik di daerah Kluang ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin menambahkan tempat anda ke dalam daftar ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kluang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!