13 Tempat Makan Malam Best di Kulim, Kedah | Kulim adalah sebuah bandar ketiga terbesar di negeri Kedah yang terletak berhampiran dengan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bandar ini mempunyai pelbagai keunikkan antaranya mempunyai tempat makan yang menarik.

Jadi, kami bawakan kepada anda 13 senarai tempat makan best di Kulim, Kedah.

 

1. AKAR LIMA – MAKAN MALAM

Kalau korang inginkan makanan Western sambil nikmati view yang cantik? Korang kena ke Akar Lima. Restoran ini adalah salah satu hidden gem dalam daerah Kulim dengan makanan yang lazat, persekitaran yang nyaman dan service yang mantap. Disini sesuai bagi anda seisi keluarga atau rakan anda makan malam. Kalau korang datang kesini, bolehlah cuba signature dessert mereka. Pasti anda akan puas hati punya.

Restoran ini terletak di Lorong Laksamana, Kampung Pas Tumpang, 09000 Kulim, Kedah dan dibuka pada hari Selasa hingga Jumaat pada 12 petang hingga 3 petang dan dibuka semula pada 5 petang hingga 11 malam manakala Sabtu dibuka pada 5 petang hingga 11 malam sahaja. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-4249850.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/akarlimakulim/?locale=ms_MY

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/akarlima/?hl=en

 

2. KEDAI MAKAN BAYAN – MAKAN MALAM

Kalau korang ada di Kulim, korang wajib cuba makan disini. Kedai ini menghidangkan makanan klasik dimana terdapat hampir 30 pilihan ada disini. Ianya menjadi pilihan utama para pelanggan kerana makanannya yang sedap, harganya cukup murah dan perkhidmatan yang baik.

Kedai ini terletak di 82 74, Jalan 2, Taman Kenari, 09000 Kulim, Kedah dan dibuka pada 24 jam setiap hari kecuali Sabtu.

 

3. SATAY HOUSE – MAKAN MALAM

Kalau korang craving nak makan Satay, korang boleh cuba datang kesini. Satay house adalah sebuah destinasi yang popular bagi hidangan Satay Ayam dan Satay Perut dalam kalangan pelanggannya. Dikatakan Satay disini cukup besar, juicy, bau lazat dari aroma serai dan kuah kacang pekat dan sedap. Selain Satay, korang juga boleh cuba Grill Chicken disini.

Kedai ini terletak di 363, Jalan Junjong, Taman Cempaka, 09000 Kulim, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 5 petang hingga 11:30 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-452 2974

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Satay-house-n-grill-kulim-100068906942368/

 

4. KEDAI POKOK BESAR TOMYAM KULIM – MAKAN MALAM

Kedai ini merupakan salah satu detinasi makan malam best di Kulim. Disini, mereka menyediakan pelbagai masakan Thai yang sedap terutamanya tomyam yang merupakan signature disini. Rasanya kuat dan pedas. Kalau korang suka tomyam yang pedas, korang bolehlah cuba disini. Pasti korang akan repeat punya.

Lokasi kedai ini terletak di 89, Jalan Raya Kulim, 09000 Kulim, Kedah dan dibuka pada setiap hari pada 3 petang hingga 1 pagi. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-5450191.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Kedai-Pokok-Besar-100063829851448/

 

5. AL KHANZ HADRAMAWT RESTAURANT – MAKAN MALAM

Selain makanan Western dan local, dekat Kulim juga ada makanan Arab tau. Al Khanz Hadramawt merupakan salah satu restoran yang menyajikan banyak makanan Arab seperti Lamb Mandy, Kabsa Chicken, Chicken Zoorbiyan Set, Lamb Shank dan banyak lagi. Portionnya agak besar, sedap dan juga harga berpatutan. Korang pasti akan menjilat jari.

Restoran ini terletak di Kulim Avenue No, 134, Persiaran Ave 6, Kulim Hi-tech Park, 09000 Kulim, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 11 pagi hingga 10 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 04-4026433.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/AlKhanzHadramawtKulim/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Kulim ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kulim, Kedah. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

 

Share.

Leave A Reply