3 Tempat Makan Tengahari Best di Gombak, Selangor| Dah tengahari perut pula dah rasa lapar. Masih memikirkan tempat makan mana yang best bila berada di Gombak. Kepada anda yang ingin tahu lokasi restoren yang best untuk makan tengahari di sekitar Gombak, anda di jemput untuk membaca artikel ni ya!
Gombak adalah sebuah lokasi yang banyak tempat makan sediakan menu masakan tengah hari yang sedap. Cakap sahaja nak makan apa, ada banyak jenis masakan ada seperti masakan orang Melayu, masakan dari negara jiran, masakan ala-ala timur, hingga lah kepada masakan orang barat anda pasti akan dijumpai di Gombak. Jadi, di sini kami ingin kongsi kepada anda 3 tempat makan tengahari best di Gombak, Selangor jika anda berada di kawasan ni.
1. Restoren Ayam Penyet Surabaya
Ayam Penyet Surabaya adalah sebuah restoren yang menghidangkan masakan dari negara seberang. Kepada anda yang suka masakan pedas pedas, restoren ini adalah tempatnya. Mereka menyediakan masakan ayam penyet, bebek, ikan keli, gurame penyet dan ayam bakar. Mereka juga memyediakan masakan sampingan lain seperti nasi goreng, lauk-pauk masakan tradisi mereka antaranya ialah gadogado, sayur kangkung, terung belado dan banyak lagi. Segala menu hidangan yang terdapat di restoren ini pasti akan memenuhi cita rasa anda.
Keenakan dan keistimewaan Ayam Penyet Surabaya yang menjadi kesukaan pelanggan adalah sambal penyet yang dibuat mengikut tradisi masakan asli Surabaya yang sememangnya tersendiri. Oleh itu, anda wajib cuba makan tengahari di sini.
Menarik sungguh kan ayam penyet mereka ni. Buat kita lapar dan terliur tengok ayam dan sambal mereka tu.
Kepada anda yang berminat nak cuba makan di Ayam Penyet Surabaya, anda boleh ke alamat ni : 27, Jalan SG 3/19, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di : 012-329 1299
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/apsmalaysia
2. Warung Puteri Taman Sri Gombak
Kepada anda yang selera tekaknya memang betul betul Melayu tulen dan ingin kan hidangan Melayu asli, Restoren Puteri Taman Sri Gombak ini menghidangkan banyak jenis menu masakan makanan orang Melayu.
Waktu tengah hari restoren ni pasti ramai dikunjungi yang dah tertarik dengan masakan mereka. Restoren Puteri Taman Seri Gombak ini menawarkan masakan seperti nasi berlauk, nasi lemak, nasi kak wok yang menjadi kegilaan ramai. Antara sebab lain, warung ini menjadi kegemaran ramai adalah gulai disini sangat sedap, cukup rasa dan dijamin berkualiti dek kerana resepi warisan turun temurun. Selain itu, hidangan minuman mereka yang power ada disini ialah minuman teh tais madu mereka. Anda patut cuba!
Nampak sedap kan bila tengok gambar gambar masakan mereka ni. Rugi kalau tak cuba makan di sini. Harga pula sangat berpatutan. Jadi apa tunggu lagi kan? Boleh lah cuba makan di sini. Memang best dan tak rugi!
Anda yang ingin merasai pengalaman makan disini, anda boleh tengok alamat ini : No 73, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.Sebarang pertanyaan boleh hubungi di nombor: 013-910 0600
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungputeritamansrigombak/
3. Restoren Taj Hadramawat@ Melati Utama
Bila sebut sahaja nama Taj Hadramawat ini, sudah pasti ia adalah sebuah restoren yang menghidangkan masakan Arab. Kami tahu, orang Melayu kita pun ada sahaja yang suka dengan masakan Arab ni. Restoren ini amatlah popular dengan masakan mereka di Gombak. Banyak cawangan telah dibuka.
Kepada anda yang suka masakan Arab, anda patut singgah dan rasai sendiri makan disini. Sekiranya anda ingin makan masakan santai anda boleh cuba menu masakan mereka iaitu kebab atau shawarma mereka. Makanan ini memang menjadi kegemaran ramai. Sangat best dan seronok tengok menu masakan yang ada disini. Anda boleh lah datang bawa keluarga cuba makan disini. Gambar-gambar di bawah akan membantu anda untuk merasai keenakan masakan mereka. hi hi hi .
Jom singgah makan disini. Sangat berbaloi untuk merasai pengalaman yang berbeza.
Anda yang berminat , boleh singgah ke alamat : No. 45G, Jalan Melati Utama 4, Taman, Persekutuan, Melati Utama, 53100 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 03-4106 3323
Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Gombak, Selangor ini. Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.