13 Tempat Makan Malam Best di Tanjung Malim, Perak | Tanjung Malim adalah sebuah bandar di negeri Perak yang terletak berhampiran dengan sempadan Selangor. Tanjung Malim ini terkenal sebagai pusat pendidikan utama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan mempunyai sejarah penting dalam perjuangan kemerdekaan Malaysia. Tapi kalau korang nak tahu, dekat sini terdapat banyak tempat makan yang best.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best yang anda boleh kunjungi di Tanjung Malim.
1. GARDEN SEAFOOD CUISINE SDN BHD – MAKAN MALAM
Korang teringin nak makan seafood yang sedap-sedap? Garden Seafood Cuisine Sdn Bhd adalah tempatnya. Restoran ini merupakan restoran makanan laut cina-halal yang didedikasi untuk menjadikan masakan Cina boleh dinikmati oleh semua orang. Dekat sini terdapat pelbagai menu yang korang boleh pilih antaranya, Steamed Fish, Salted Egg Squid, Butter Prawn, Sweet Sour Prawns, Fried Oyster dan banyak lagi. Korang pasti akan puas hati dengan suasana, perkhidmatan dan hidangan mereka.
Lokasi restoran ini di No. 7, 8 & 9A, Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa, 35900 Tanjong Malim, Perak dan dibuka pada setiap hari pada 11:30 pagi hingga 10:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi: 05-458 3398.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Garden-Seafood-100070074256920/
2. CALIFORNIA STEAK HOUSE AND STEAMBOT – MAKAN MALAM
Inginkan makanan yang bertaraf hotel di kawasan pinggir bandar? Korang kena singgah di California Steak House and Steambot. Restoran ini menyajikan menu Western yang sungguh menyelerakan antaranya ialah Grilled Chicken Chop, Lamb Chop with rice. Bukan itu sahaja, korang juga boleh cuba recommendation disini, Steak. Portion yang bagus dan juicy. Pasti korang akan menyukainya.
Lokasi Steak House ini di 31, Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 4 petang hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi: 012-479 7584.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/California-steak-house-steamboat-100054582664487/
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@californiasteakhouse
3. THE DOUGLAS STREET – MAKAN MALAM
Restoran ini merupakan salah satu medan selera yang terbesar di Tanjung Malim. Dekat sini, mereka menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti masakan Western dan Melayu. Kawasan cukup luas, makanan sedap dan harga pun cukup berpatutan. Bagi korang yang teringin nak makanan Western dan Melayu pada masa yang sama, bolehlah datang singgah kesini.
Lokasi The Douglass Street ini di No 61 Jalan Douglas Kg. Kubu, 35900 Tanjong Malim, Perak dan dibuka pada setiap hari pada 11:30 pagi hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi: 05-448 1018.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/thedouglasstreet/
4. RESTORAN IKAN BAKAR OCU AMY – MAKAN MALAM
Inginkan makan malam dengan suasana yang bersih, sedap dan juga murah? Restoran Ikan Bakar Ocu Amy adalah destinasinya. Kalau korang nak tahu, dekat sini mereka menghidangkan pelbagai makanan dengan rasa kampung asli yang lazat. Kalau korang datang ke sini, korang boleh cuba Ikan Bakar disini. Serious sedap…
Lokasi Restoran Ikan Bakar ini di No. 93, Jalan Seri Rakyat, 35900 Tanjong Malim, Perak dan dibuka setiap hari 24 jam kecuali Jumaat. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi: 013-666 5053.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ikanbakarbest/
5. SARANG ART HUB – MAKAN MALAM
Sarang Art Hub merupakan sebuah cafe yang terkenal di Tanjung Malim. Dikatakan kafe ini diusahakan sendiri oleh Arwah Mamat Khalid. Bagi yang ingin menghargai karya agung Allahyarham Mamat Khalid, Kg. Pisang dan Kak Limah, korang boleh singgah disini. Kafe ini juga bagus untuk korang yang suka berootd dan pada masa yang sama, korang boleh menikmati makanan yang ada disini.
Lokasi kafe ini di Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Perak dan dibuka pada 3:30 petang hingga 11 malam pada Selasa hingga Ahad. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi: 013-500 7942.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/sarangarthub/
6. CAPE CAFE – MAKAN MALAM
Cape Cafe adalah sebuah kafe yang pernah viral pada 2022 dengan harganya yang cukup mindblown iaitu RM1.70. Walaupun harga RM1.70 tapi makanannya cukup sedap dan portionnya juga baik. Bagi korang yang sedang berjimat, korang boleh makan disini. Pasti korang akan puas hati punya.
Lokasi Cape Cafe ini di Taman Anggerik Desa, 35900 Tanjong Malim, Perak dan dibuka pada 10:30 pagi hingga 10 malam, setiap hari kecuali Jumaat. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi: 019-881 8480.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Capecafe-100079494936041/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/capecafe/
Sekarang ni, kami hanya jumpa enam tempat makan malam terbaik di daerah Tanjung Malim ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Tanjung Malim, Perak. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye.