Ini Biodata Dato Dr Marzuki, Ketua Setiausaha Sulit PM Ke 8 Buat Ramai WOW | Selepas kemelut poltik semakin reda, Perdana Menteri Ke 8 telah melantik Ketua Setiausaha Sulit, Dato Dr Marzuki secara rasmi. Ini biodata beliau buat ramai wow. Bukan calang-calang. Baca selanjutnya.

Biodata Setiausaha Sulit Perdana Menteri Ke 8

Datuk Dr Marzuki Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa bermula 1 Mac lalu.

Pengumuman pelantikan itu diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Marzuki, 46, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Doktor Falsafah (Sains Politik) dari Australian National University, Australia.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1999.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009 hingga 2013 dan Setiausaha Politik ketika Muhyiddin menjadi Menteri Pendidikan pada 2013 hingga 2015.

Pada 2015, beliau kembali bertugas di UIAM sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Sains Politik.

Susulan pelantikan Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau telah kembali berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Muhyiddin pada tahun 2018.

“Pejabat Perdana Menteri merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan ini,” kata kenyataan itu.

Lagi Maklumat Informasi Dato Dr Marzuki Mohamad

Datuk Dr Marzuki Mohamad Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1974. Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Kelantan.

Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1998), Sarjana Sastera dalam bidang sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2001) dan Doktor Falsafah dalam bidang sains politik dari Australian National University (2008).

Minat mengkaji tentang politik pilihanraya, politik hubungan kaum, politik Asia Tenggara, Islam dan undang-undang. Kini berkhidmat sebagai Professor Madya di Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply